Tuesday 8 January 2013

TITAH SULTAN SELANGOR DIPERTIKAI ANWAR IBRAHIM...???

khali-anwar-sokong-kalimah-Allah-digunakan-gereja

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila baginda melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Pendirian tegas Sultan Sharafuddin Idris Shah itu dibuat menerusi kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini.
Di dalam sidang media hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menempelak titah Sultan apabila menuduh Mais sebagai hanya cenderung mengkritik Pakatan Rakyat dan bukannya pimpinan Umno.

“MAIS bergerak bebas..tiada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor. Bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili pandangan kerajaan negeri.
“Sebab itu larangan dan kritikan itu semua terhadap Pakatan..tidak pernah terhadap Umno. Termasuk pemimpin Umno dan keluarga yang mempunyai kepentingan menguasai syarikat arak pun tidak ditegur oleh Majlis Agama,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.
Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang dilaporkan meminta kerajaan membenarkan kalimah Allah diguna dalam injil berbahasa Melayu, kata Setiausaha Mais Datuk Mohd Misri Idris.
Datuk Mohd Misri berkata mesyuarat khas Sultan Selangor bersama beberapa orang ahli MAIS, Mufti Selangor serta pegawai tertinggi Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu menetapkan bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam.
“(Kalimah Allah) tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010″, kata Mohd Misri, menjelaskan ketetapan Sultan Selangor itu.
Misri berkata Sultan Sharafuddin pernah mengeluarkan titah yang sama bersabit isu ini tiga tahun lalu namun telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak apabila ia dibangkitkan sekali lagi.
Justeru baginda menitahkan MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba mempersendakan penggunaan kalimah Allah ini. 
 ( Antarapos )

3 comments:

Aisyah M.Yusuf said...

TUHANNYA ORANG MUSYRIK ALLAH JUGA .
Allah SWT berfirman :
” Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka ( orang - orang musyrik itu ) : ” Siapakah yang menciptakan mereka ? Niscaya mereka menjawab : ” ALLAH ” , maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan ” ( QS . 43 : 87 )

” Katakanlah : ” Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui ?” Mereka akan menjawab : ”kepunyaan Allah ”. Katakanlah : ” Maka apakah kamu tidak ingat ? ”. Katakanlah : ” Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya Arsy yang besar ? ” Mereka akan menjawab : ” Kepunyaan Allah ”. Katakanlah: ” Maka apakah kamu tidak bertaqwa ?” Katakanlah : ” Siapakah yang di tangan – Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi , tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azab-Nya , jika kamu mengetahui ?. Mereka akan menjawab : ” Kepunyaan Allah ” Katakanlah ( kalau demikian ) , maka dari jalan manakah kamu tertipu ?” ( Q S . 23 : 84-89 )
” Dan mereka telah mengambil sembahan – sembahan selain Allah agar sembahan itu menjadi penolongnya dihadapan Allah ”
( QS . 19 : 81 )

Aisyah M.Yusuf said...

APA ALASAN MEREKA ( ORANG MUSYRIK ) MENYERU
( MEMINTA TOLONG ) KEPADA SELAIN ALLAH
Allah SWT berfirman :
“ Ingatlah , Hanya kepunyaan Allah-lah Agama yang bersih ( dari Syirik ). Dan orang – orang yang mengambil pelindung ( penolong ) selain Allah berkata : “ Kami tidak menyembah mereka , melainkan supaya mereka mendekatkan ( permohonan ) kami kepada Allah dengan sedekat – dekatnya “ sesungguhnya Allah akan memutuskan diantara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya . Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang – orang yang pendusta dan sangat ingkar “. ( QS Az-Zumar : 3 )

Anonymous said...

benar Tuhan orang musyrik adalah Allah, Dia yg mencipta segala2nya, Tapi ingat apabila org musyrik mnsyirik kan Allah ( misalnya dgn berhala dsb ) apakah kita sbg org yg beriman dpt menerima bahawa Allah itu sama dgn berhala seperti musyrikin??? jadi Allah yg kita sebut sehari2 adalah TIDAK SAMA dan TIDAK BOLEH Disamakan dgn Tuhan Musyrikin, Penggunaan kalimah ALLAH oleh kaum musyrikin pada zaman d mana agama islam ini d mana umatnya iman senipis kulit bawang.. pasti akan mengelirukan umat islam itu sendiri.. (misalnya: anak2 kecil yg bru blajar mngenal Allah berkwn dgn anak musyrikin yg juga mengucapkan kalima ALLAH... bayangkan mereka bpndpt bahawa ALLAH mereka adalah SAMA!!!!) wallahuaklam