Tuesday 8 January 2013

PM SAKIT KETIKA LANCARKAN BON DI BURSA MALAYSIA...???


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet, terutamanya dalam blog-blog anti-kerajaan.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.


"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin. 
Spekulasi yang mendakwa perdana menteri diserang strok ringan hangat diperkatakan hujung minggu lalu. 

Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dilaporkan berkata semalam bahawa perdana menteri sihat. 

Najib hadir pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

bodoh, bukan blog anti kerajaan la tp anti umno... jgn percaya blog2... yg ni lg x leh percaya... klu najib x sakit... kenapa dia x jwb sendiri.... ni org lain kasi jwb.... hahahahaaa bodoh

Anonymous said...

PM sendiri yang menyampaikan ucapan di majlis tersebut dan beliau sihat, xder masalah! Lain kali tgk la media elekronik jugak!!!