Friday 11 January 2013

AWAS !!! BARAT SASAR HAPUSKAN FUNDAMENTALIS ISLAM... !!!


Golongan Fundamentalis Islam merupakan golongan sasaran yang mahu dihapuskan oleh Barat kerana golongan ini menyokong asas Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis serta menolak demokrasi, hak asasi manusia dan nilai-nilai Barat, tegas Prof Madya Dr. Zainur Rashid B. Zainuddin, Naib Presiden I, I-Medik, Malaysia.
Menurutnya, pihak Barat telah mengklafikasikan empat kelompok utama umat Islam kini kepada golongan Fundamentalis, Konservatif, Modernis dan Sekularis.
Dr. Zainur Rashid berkata demikian ketika menjadi penceramah jemputan bertajuk Strategi Barat Menghadapi Islam di hadapan para peserta program Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2012 anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah.

Jelas beliau, kelompok konservatif adalah golongan Islam yang cenderung dengan urusan rohani dan ilmu.
“Kelompok Islam konservatif hanya akan menjadi sasaran untuk dihapuskan Barat apabila golongan ini telah dipengaruhi oleh golongan Fundamentalis”, katanya lagi.
Dr. Zainur memberitahu, golongan Modernis dan Sekularis pula adalah kelompok umat Islam yang memberi manfaat kepada Barat dan harus dibina rangkaian kerjasama kerana golongan masyarakat ini berideologi sama dengan mereka.
“Golongan Modernis terdiri daripada masyarakat yang ingin melihat Islam selari dengan dunia global dan nilai-nilai barat. Manakala golongan sekularisme adalah masyarakat yang menggunakan Islam hanya untuk urusan peribadi dan dipisahkan daripada urusan pemerintahan negara”, beritahu beliau lagi.
Dr. Zainur Rashid turut mengulas mengenai kejayaan agenda Muslim Moderate di Malaysia boleh terlaksana melalui pembaharuan politik, ekonomi, persamaan gender, hak-hak asasi manusia dan kebebasan memilih agama.
Tambahnya, golongan Islam Moderate ini menolak keistimewaan hukum Syariah dalam menjadi sumber undang-undang dan polisi negara, menerima LGBT dan Syiah malah menyalahkan Hamas dalam isu Palestin.
Kumpulan sasaran Barat dalam membawa agenda Muslim Moderate ialah golongan intelektual liberal dan sekular, ulama muda moderate, aktivis masyarakat, NGO yang memperjuangkan persamaan gender dan wartawan atau cendiakawan moderate, beritahu Dr. Zainur lagi.
Dr Zainur mengingatkan penuntut-penuntut di benua Eropah ini supaya berhati-hati dengan agenda liberalisme, menjadi mahasiswa yang prihatin terhadap isu semasa dan kenal musuh Islam yang sebenar.
“Agenda Barat ini boleh ditentang dengan langkah praktikal iaitu memperkasakan perjuangan badan-badan Islam dan badan anti-murtad”, kata Dr. Zainur dalam mengakhiri pengisian beliau yang bertempat di Annendale Mosque and Community Centre, Edinburgh – ISMA

No comments: