Sunday 13 January 2013

APABILA JACKIE CHAN KATA AS NEGARA PALING KORUP....!!!

Bintang veteran Hong Kong, Jackie Chan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi apabila sekali lagi menggelar Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang paling korup di dunia.
Chan yang mengeluarkan kenyataan kontroversi itu pada saluran Phoenix TV, bulan lalu menyatakan pendapat yang sama buat kali kedua kepada seorang penulis blog di negara itu.
"Apabila bercakap mengenai korupsi di seluruh dunia ini, adakah amalan itu berlaku AS? Jawapannya, negara itu yang paling korup!"
"Dari mana puncanya kerosakan di dunia ini? AS yang memulakannya," katanya sambil memberikan isyarat merujuk kepada krisis kewangan global yang sedang berlaku.
Chan menambah, China merupakan negara yang masih muda, di mana separuh daripada tempoh kewujudannya 'dibuli' oleh pelbagai pihak lain.
Katanya, negara itu hanya menikmati kejayaan yang sebenar pada dekad lalu.
"Pemerintah negara kami mengakui korupsi berlaku di sana tetapi kami sedang memperbaiki dan terus belajar," katanya yang mengakui negara lain menimbulkan pelbagai isu terhadap China kerana kurang senang dengan 'kuasa' dimiliki republik itu kini.
Bagaimanapun, komen bintang filem Rush Hour itu mendapat kritikan hebat daripada penulis blog ruangan hal ehwal antarabangsa di Washington Post, Max Fisher.
Dalam tulisannya, Fisher menyifatkan Chan sebagai 'anti-Amerika' kerana dipengaruhi perasaan kurang selamat sebagai masyarakat China.
"Pandangan Chan merupakan refleksi kepada pendapat umum masyarakat China terhadap AS.
"Ia yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak hanya dilihat pada kelakuan mereka, malah pada pandangan yang dipengaruhi perasaan kurang selamat itu," katanya. - AFP

1 comment:

Anonymous said...

TERKINI! Malaysia Di Nobatkan Negara Paling Tinggi Rasuah..!!

Posted by Pencacai SeMalaysia®Friday, December 14, 20120 komen 0 0 65Walaupun perang anti-rasuah, berprofil tinggi Malaysia,Separuh daripada eksekutif korporat yang dikaji oleh pemantau rasuah global percaya bahawa pesaing telah diperolehi perniagaan di negara ini melalui sogokan/rasuah.Transparency International berkata Malaysia adalah negara terburuk dalam pada 2012 .Hampir 3,000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lepas kerana pesaing membayar rasuah, keputusannya,di Malaysia, 50% daripada bancian berkata 'ya'.Tempat kedua adalah Mexico, yang berada di 48%.Menurut Wall Street Journal, Jepun disenaraikan sebagai tempat kurangnya rasuah di dunia untuk menjalankan perniagaan, dengan hanya 2% daripada responden .Sebaliknya Singapura berjiran dengan Malaysia adalah kedua paling bersih, yang merupakan 9%.Malah Indonesia, dengan reputasi lama untuk rasuah, meningkat lebih baik daripada dan lebih maju dari Malaysia.Sebagai perbandingan, 27% daripada responden di China berkata mereka fikir rasuah ialah kos mereka perniagaan, menurut laporan itu."Ia menunjukkan sikap syarikat-syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan bahawa rasuah dalam sektor awam boleh sistemik dan dalam erti kata yang diinstitusikan," Paul Low, presiden bab Transparency International Malaysia, katanya.Nak tgk baca [SINI]KUALA LUMPUR 13 Dis: Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.“Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan…“Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah,” kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.“Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat,” kata Ravindran seperti dipetik.Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.