Sunday 13 January 2013

( VIDEO ) FARID KAMIL BENGANG ISU ISTERI DITAHAN DI AUSTRALIA

.


Farid Kamil menyifatkan laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang menyebut Diana Danielle kononnya ditahan di lapangan terbang Sydney, kerana usia kandungan melebihi had di’benarkan, seolah-olah cuba mereka cerita untuk mengaibkan dirinya.
Pada Jumaat lalu, akhbar berkenaan menulis penafian Farid Kamil mengenai dakwaan terhadap isterinya itu.

Semalam, melalui sebuah video terbitan MIG online, Farid Kamil tampil memberikan penjelasan yang beliau diajukan soalan yang sedikit lain daripada apa yang di’laporkan dalam artikel tersebut.


“Saya ditanya sama ada benar Diana Danielle ditahan di sana (Sydney) - saya tanyakan kembali kenapa ditahan tetapi wartawan tersebut berkata dia tidak tahu,” ujar Farid Kamil.

“Apabila (keluar) kenyataan pagi ini, saya turut hairan kenapa Diana Danielle dikaitkan dengan isu ditahan sedangkan dia pergi ke sana untuk melanjutkan pelajaran”

“Apa yang tertulis dalam akhbar tersebut seolah olah cuba mereka cerita untuk mengaibkan diri saya,” 

Ikuti penjelasan Farid Kamil melalui video berikut :

No comments: