Showing posts with label LUARNEGARA. Show all posts
Showing posts with label LUARNEGARA. Show all posts

Monday, 23 July 2012

MISTERI TASIK GALILEE


Dimana Tasik Galilee?

MISTERI TASIK GALILEE

Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini..Antara punca2 kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melencongkan anak2 sungai yg mengalir ke Sg. Jordan, Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurang. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi.. Akibat dari tindakan rakus ini.. tasik galilee dah semakin susut dgn teruk yg tidak pernah berlaku dlm sejarah [berlaku dizaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini..

Saturday, 21 July 2012

'PEMBUNUHAN BERMARUAH' KORBANKAN 705 WANITA PAKISTAN



ISLAMABAD  - Sekurang-kurang 705 wanita terbunuh di sini tahun lalu dalam kes jenayah yang dikenali ‘pembunuhan bermaruah’, lapor media tempatan.

Pembunuhan bermaruah itu biasanya dilakukan oleh golongan lelaki terhadap ahli keluarga wanita yang disyaki mempunyai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ataupun yang berkahwin tanpa restu keluarga.

Media Pakistan yang memetik Yayasan Aurat, sebuah badan organisasi yang mempertahankan hak-hak wanita, berkata dalam satu laporan bahawa, kes-kes pembunuhan bermaruah itu meningkat sebanyak 6.7 peratus pada tahun lalu berbanding daripada tahun sebelumnya. - DPA

BATMAN : THE DARK KNIGHT RISES - KORBANKAN 12 ORANG



DENVER  - Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala 40 lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang di sini semalam.

Ketika kejadian, orang ramai sedang menyaksikan tayangan larut malam filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises di panggung wayang Century 16.

Seorang saksi berkata, suspek telah melemparkan beberapa jenis bahan letupan secara rawak terhadap penonton menyebabkan beberapa pengunjung cedera.

Rangkaian televisyen Amerika Syarikat mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai James Holmes yang merupakan seorang penduduk tempatan dan memetik FBI sebagai berkata, beliau tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. - AFP

MENTERI PERDAGANGAN SOMALIA TERBUNUH DALAM LETUPAN BOM KERETA


 
Hiasan
MOGADISHU - Satu kejadian letupan bom kereta di ibu negara Somalia meragut nyawa bekas Menteri Perdagangan dan mencederakan enam orang yang lain, kelmarin.

Menurut polis, semasa serangan Mohamud Abdi Ibrahim sedang memandu keretanya yang kemudian meletup secara tiba-tiba dan menyebabkan enam orang awam berhampiran turut cedera.

Susulan kejadian, kumpulan bersenjata Al-Shabab dipersalahkan kerana menyasarkan serangan ke atas bekas menteri itu.

"Bom berkenaan dilekatkan pada kereta tanpa pengetahuannya.

Badannya hancur berkecai dan bertaburan di atas jalan raya," kata timbalan Datuk Bandar Mogadishu, Warsame Mohamed.