Monday 23 July 2012

MEREKA TIDAK MEMAKAI JAKET KESELAMATAN...


Helikopter Terhempas : Mangsa Tidak Memakai Jaket Keselamatan

Siti Khuzaimah sebelum nahas
KUCHING - Siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) terhadap helikopter Eurocopter EC120 yang mengorbankan tiga nyawa Jumaat lalu, menjurus kepada sama ada helikopter itu membawa jaket keselamatan atau tidak.
Ia disebabkan ketiga-tiga mangsa nahas di muara Sungai Lupar-Sungai Lingga itu, tidak memakai jaket keselamatan termasuk juruterbangnya, Rico Stiger yang dijumpai selamat.

Sumber industri penerbangan memberitahu BH, mandatori bagi semua pesawat di negara ini yang terbang melalui perairan atau dekat dengan perairan, menyediakan jaket keselamatan mencukupi dalam pesawat.

Katanya, ia penting bagi menghadapi kemungkinan pesawat berkenaan perlu melakukan pendaratan cemas di atas air.

“Namun persoalan itu hanya akan terjawab jika mereka berjaya mengangkat bangkai helikopter malang itu dari muara sungai    tempat ia terhempas, " katanya.
Henry Loh
Ketiga-tiga mereka disahkan anggota keluarga, tidak pandai berenang.

Pengarah DCA Sarawak, Ling Swee Ing yang dihubungi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan sama ada helikopter berkenaan menyediakan jaket keselamatan atau tidak.

Katanya, beliau juga tidak dapat memberi komen kerana hanya pihak di ibu pejabat Kuala Lumpur boleh berbuat demikian.

Pemilik Eurocopter EC120 Datuk Sng Chee Hua yang ditemui semalam enggan mengulas sama ada helikopter itu ada membawa jaket keselamatan atau tidak.

Sementara itu, anggota keluarga terdekat Siti Khuzaimah Annuar, 27, mempersoalkan mungkin Khuzaimah dan dua lagi mangsa mungkin selamat jika memakai jaket keselamatan - BH

No comments: