Friday 27 January 2012

DAP MAHU KUASA TUNGGAL...!!!

DAP kini cuba menunjukkan ‘warna’ parti itu yang sebenar dengan menolak PAS dan PKR secara halus dalam Pakatan Rakyat (PR) yang merupakan gabungan antara ketiga-tiga parti tersebut dan ini dapat dilihat dengan jelas berlaku di Selangor sebaik sahaja Exco Agama yang dipegang Datuk Hasan Ali dipecat dari PAS.



Keadaan itu juga menggambarkan bahawa DAP dilihat cuba berdiri sendiri tanpa bantuan rakan-rakan lain dalam pakatan pembangkang dalam usaha mereka mendominasi senario politik di negara ini. DAP begitu beriya-iya cuba
menarik orang Melayu  untuk menyertai parti berkenaan daan  semestinya akan menggunakan apa sahaja cara untuk mereka menguasai politik negara ini walaupun pada dasarnya mereka bernaung di bawah satu gabungan pembangkang dan menjulang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


DAP juga baru baru ini begitu ghairah menarik keahlian di kalangan orang Melayu memasuki parti tersebut sejak kebelakangan ini termasuk bekas wartawan Utusan Malaysia, Hata Wahari. Baca disini 

 Peristiwa DAP yang ‘kempunan’ memegang jawatan Menteri Besar di Perak selepas merampas dari Barisan Nasional (BN) lalu cukup menghantui mereka hingga kini. Oleh itu, jangan terkejut jika mereka akan meletakkan calon Melayu bertanding atas tiket DAP walaupun mereka menafikan perkara tersebut.


Dedulu......


No comments: