Thursday 27 December 2012

PAS PUNCA DAP SEMAKIN BIADAP TERHADAP ISLAM...!!!!


KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
PRESIDEN JATI MALAYSIA

Ada 2 perkara yang ingin saya sampaikan dalam sidang media ini.

1) Hal yang berkaitan dengan Kalimah ALLAH yang ditimbulkan semula oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

2) Amanat Hj Hadi yang terus menerus dipaparkan di dada-dada akhbar dan di layar-layar televisyen serta media sosial.

Mengenai Isu penggunaan Kalimah Allah, ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan:


1) Saya merasakan sama sekali tidak wajar untuk isu yang begitu sensitif seperti Kalimah Allah yang telah pun reda dan tidak menimbulkan masalah lagi ditimbulkan semula. Lim Guan Eng mewakili DAP dalam Perutusan Hari Krismasnya telah meminta supaya Kerajaan Persekutuan mengizinkan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.

2) Isu ini ditimbulkan semula oleh DAP di saat-saat menjelang Pilihanraya Umum ke 13, ramai membuat andaian bahawa Kalimah Allah akan ditonjol semula dan mungkin akan dijadikan sebahagian daripada bahan kempen pilihanraya khususnya untuk mendapat sokongan pengundi-pengundi bukan Islam di negara ini.
3) Bagi DAP isu-isu seperti ini sememangnya menjadi isu pilihan dan begitu popular bagi sebuah parti cauvinis dan rasis seperti DAP. 
4) Isu Kalimah Allah yang dimainkan semula oleh DAP ini membayangkan wujudnya agenda Kristian di dalam barisan Kepimpinan Tertinggi DAP. Agenda seperti ini bagi setengah pihak boleh dikaitkan dengan agenda besar ke arah membentuk Negara Kristian seperti yang pernah didedahkan dan menimbulkan polemik awam termasuk dibincang hangat di Parlimen. 
5) Sejak dari awal termasuk yang dibongkar semula oleh Lim Guan Eng mengenai isu ini, masyarakat menunggu-nunggu respon bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat untuk menyatakan dengan jelas posisi yang diambil oleh Pakatan Rakyat dalam isu yang membabitkan kesucian Islam. 
Suka saya mengingatkan bahawa Timbalan Mursyidul Am Pas, Prof Dato Dr Haron Din telah menjelaskan bahawa dalam keadaan apapun Kalimah Allah tidak boleh digunakan selain daripada untuk agama Islam. Sesiapa yang cuba menyokong dan bersetuju untuk membenarkan penggunaan kalimat tersebut selain daripada khusus untuk agama Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Pas sebagai parti Islam sepatutnya segera tampil ke hadapan mengingatkan ahli dan penyokong parti tentang pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas tersebut. Seperti yang diketahui terdapat beberapa orang pimpinan parasit dalam Pas yang menyanggah pandangan Prof Dato Dr Haron Din dan menganggap pandangan itu hanya pandangan peribadi. Amat dikhuatiri jika usaha ini tidak dilakukan masyarakat Islam akan menganggap Pas sudah terpalit dengan agenda Kristian DAP itu.


Kedua mengenai Amanat Haji Hadi


Sepanjang-panjang penglibatan saya dalam PAS dan pernah dipilih menduduki jawatan tertinggi parti iaitu sebagai Naib Presiden, saya tidak ingat kalau permasalahan pernah ditimbulkan samada di dalam Muktamar atau Mesyuarat Pas pusat atau pelbagai wacana dan retreat yang pernah diadakan. Saya tidak menyangka bahawa masalah ini merupakan masalah aqidah yang besar dan telah mengakibatkan perpecahan di kalangan masyakat Islam yang begitu dahsyat.

Seperti juga Kalimah Allah, saya hampir pasti iainya juga akan dibawa ke gelanggang-gelanggang berkempen dalam PRU ke 13 nanti. Api yang sudah reda dimarakkan semula. Saya tidak dapat membayangkan apakah kesan langsung antara generasi yang akan berlaku pada masyarakat Islam akibat daripada fahaman dan amalan melulu akibat ketaksuban yang melampau terhadap kepimpinan sebuah parti politik seperti Pas.

Saya cenderung mempercayai bahawa permasalahan aqidah ini akan terus menghantui masyarakat Islam. 

Daripada pendedahan-pendedahan yang dibuat sebahagian daripada kita hampir sukar mempercayai apa yang telah dan sedang berlaku di dalam masyarakat Islam kesan daripada amanat tersebut. Tidak perlu disebutkan lagi disini beberapa peristiwa hitam yang memecah belah dan memporak-peradakan masyarakat Islam.

Dengn rendah diri saya ingin mencadangkan supaya :


1) Pimpinan Tertinggi Pas khususnya Presiden Parti tidak wajar mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan ahli-ahli dan penyokong fanatik Pas terus mengamalkan intisari amanat tersebut. Tidak ada manusia muslim yang siuman yang boleh menerima hakikat terus-menerus berlakunya pepecahan, perselisihan dan pergolakan dalam masyarakat secara turun-temurun seperti yang sedang berlaku. 
2) Pimpinan Tertinggi Pas khususnya Presiden Parti supaya segera tampil memberi penjelasan kedudukan isu yang sebenarnya dalam rangka mengharmonikan semula kehidupan masyarakat Islam di Negara ini. 
3) Pimpinan Tertinggi Pas segera mengaturkan muzakarah di kalangan pimpinan parti agar isu ini dapat ditangani dengan sebaik-baiknya berdasarkan semangat dan roh Islam sebenarnya. Islam sebenarnya mengalakkan kesatuan dan perpaduan ummah berteraskan aqidah yang murni, syariat yang luhur dan akhlak yang mulia. 
4) Pimpinan Tertinggi Pas berlapang dada menerima pendapat dan pandangan agamawan dan alim ulama’ termasuk mereka yang berada diluar lingkungan Pas. Saya yakin agamawan dan ulama’ seperti ini juga mempunyai kewibawaan yang kalau tidak setanding mungkin juga melebihi daripada ulama’ Pas sendiri. 
Memandangkan seriusnya permasalahan ini, sekali lagi dengan penuh keinsafan, saya menyeru pimpinan Pas untuk memberi perhatian istimewa terhadap isu ini untuk menyelesaikan segera kemelut ini supaya masyarakat Islam khususnya kepada mereka yang terlibat dapat kembali ke pangkal jalan untuk bersama-sama melahirkan kehidupan yang aman sejahtera berpandukan kepada prinsip-prinsip hidup yang berlandaskan Islam.

YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali
Presiden JATI Malaysia 
No. 153B, Jln Aminuddin Baki, TTDI KL
26 Disember 2012

No comments: