Thursday 27 December 2012

PAS MUDAH DIPENGARUHI, TU SEBAB DAP TAK PERNAH HORMAT..!!!!


KUALA LUMPUR - Pas berpendirian kitab Injil versi bahasa Melayu harus menggunakan istilah God dalam merujuk kepada tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab itu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memandangkan kitab Injil versi bahasa Melayu adalah terjemahan teks asal bahasa Inggeris sewajarnya istilah God tidak diterjemah sebagai Allah kerana terjemahan tepatnya ialah tuhan.

"Menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

"Bagaimanapun, Pas boleh menerima penganut Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan Pas sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi portal rasmi Pas, Harakahdaily.net hari ini.


Apa hal dengan PAS ni.....!!!!


Anda.... nilailah dan fikir-fikirkan lah sendiri.... Masihkah lagi nak sokong PAS..???

No comments: