Monday 10 December 2012

MISI SOLIDARITI MALAYSIA DI GAZA DI BERI AMARAN ISRAEL...?????


JABALIAH, Sempadan Gaza-Israel - Tentera Israel yang berada di Ezata bersebelahan sempadan Gaza di sini melakukan tembakan amaran ke arah sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012.
 
Tembakan amaran itu diikuti dengan dua buah helikopter Israel berlegar-legar di udara di sepanjang sempadan Gaza-Ezata ketika kawasan itu dikunjungi sukarelawan Malaysia.
 
Sukarelawan Malaysia berada di kawasan itu yang merupakan kawasan pertanian untuk menyampaikan dana Aman Palestin bagi pembangunan tanah pertanian yang sebelum ini dirosakkan tentera Israel.
 
Namun begitu, menerusi perbualan di Malaysia Hari Ini TV3 sebentar tadi, jurucakap sukarelawan Misi Solidariti Malaysia yang di hubungi oleh hos rancangan tersebut menyatakan bahawa, semua ahli sukarelawan berada dalam keadaan selamat dan dua buah helikopter Israel itu sebenarnya memberi amaran kepada tentera Hamas yang berada di situ.

No comments: