Monday 10 December 2012

JIHAD JANE - PELUK ISLAM KERANA DENDAM..!!!



Seorang surirumah Amerika Syarikat, COLLEEN LaRose, 49, menggelar dirinya sebagai JIHAD JANE memeluk Islam akibat dendam dan tekanan dirogol bapa sendiri dan menjadi pelacur ketika berumur 13 tahun. Berasal dari Pennsberg, Pennsylvania, beliau disifatkan sebagai militan Islam dan mengaku bersalah merancang keganasan termasuk melancarkan jihad bagi membunuh kartunis Sweeden Lars Vilks.


Menurut pengakuannya, perjalanan jihadnya disebabkan rasa marah dan mahu membalas dendam kerana dirogol oleh bapanya sendiri RICHARD LaRose (gambar di bawah) selama beberapa tahun kemudian melarikan diri dari rumah dan menjadi pelacur ketika berumur 13 tahun. Perasaan yang memberontak telah menemukannya jalan Islam militan kerana merasakan 'sense of belonging' dengan gerakan tersebut.

Menggelarkan dirinya sebagai Jihad Jane, ini kali pertama beliau bercakap dengan pihak media sejak ditahan pada 2009. Bila ditanya mengapa beliau memilih jalan militan Islam, beliau berkata,"Akhirnya saya menemui tempat yang sepatutnya saya berada, yang menerima saya. Saya telah banyak kali terselamat dari perkara-perkara yang membunuh saya dan tentu ada sebabnya saya dibiarkan terus hidup iaitu untuk meneruskan jihad Islam atau mungkin mati syahid.

LaRose dikesan sebagai radikal bila menulis namanya sebagai Jihad Jane di laman-laman web Islam dan menjalin hubungan berterusan dengan operatif Al-Qaeda di Eropah yang melancarkan gerakan membunuh kartunis yang menghina Nabi Muhamad pada 2007. Beliau juga telah berjaya merekrut beberapa pengikut setia yang sanggup sama-sama berjihad membunuh.

Pada 2009, LaRose berjaya masuk ke Sweden tetapi telah ditahan oleh FBI sekembalinya ke Amerika Syarikat dan dituduh mengadakan konspirasi menyokong pengganas, konspirasi membunuh di luar negara dan mengemukakan pernyataan palsu kepada FBI.


No comments: