Friday 9 November 2012

TWEET OBAMA BERJAYA PECAHKAN REKOD JUSTIN BIEBER

SALAH satu tweet Barrack Obama di akaun twitter miliknya, selepas beliau memenangi Pilihanraya Presiden dengan menewaskan Mitt Romney mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai tweet paling banyak menerima 'Retweet' dan 'Favorite'.



Tweet ringkas dengan mesej 'Four more years' (lagi 4 tahun) dengan iringan sekeping gambar beliau sedang memeluk erat isterinya, ditulis selepas beberapa minit beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika yang telah memilihnya sebagai presiden untuk tempoh 4 tahun lagi.

Difahamkan, <   Berita Cerita Dunia   >  melaporkan bahawa, setakat artikel ini ditulis, tweet tersebut telah mencapai 733, 303 RETWEETS dan sebanyak 253,861 FAVORITES yang diterima dari followers di laman tweeter beliau sekaligus telah berjaya memecahkan rekod yang dipegang selama ini oleh penyanyi kegilaan remaja seluruh dunia, Justin Bieber.

 

Rekod Justin Bieber sebelum ini mencatatkan sebanyak 223, 376 RETWEETS dan 100,596 FAVORITES, mesej tweeter yang ditulis pada 26 September 2012 yang lalu.

Now, lihat pula status yang ditulisnya dengan makna yang sama di Facebook Obama..... Rekod Like melebihi 4.1 juta dan telah di Share oleh lebih dari 569k orang.....

No comments: