Tuesday 27 November 2012

TIMBALAN AMK PAHANG LETAK JAWATAN SERTA MERTA


Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Aidil Haryman Mat Nor mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa serta merta mulai hari ini, lapor Pahangdaily (PDO) kerana berlaku pergolakan dalaman kepimpinan AMK peringkat negeri.
“Aku dah letak semua jawatan di dalam AMK Pahang … Sekarang aku tiada kena mengena lagi bersama AMK Pahang. Fokus aku hanya tempat sendiri, Parlimen Kuantan.

“Selama ini aku sangkakan, hanya cabang yang bermain politik seperti itu…. tetapi AMK juga dah mula mengikut jejak yang sama…Kalau dulu hanya seorang yang digelar TIMBANA, tetapi sekarang dah ramai yang mahu digelar TIMBANA,” kata Aidil Haryman yang lebih dikenali sebagai Alang dalam facebooknya.
Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan apakah krisis dalaman yang melanda AMK Pahang yang diumpamakan sebagai TIMBANA itu.
Alang dalam facebooknya semalam mengumumkan perletakan jawatan sebagai Timbalan AMK berkuatkuasa mulai jam 1.00 pagi ini, 27 November.
Blog PDO melaporkan AMK Pahang kurang ‘menyengat’ menyebabkan banyak AMK cabang gagal berfungsi kecuali di dua cabang sahaja iaitu Indera Mahkota dan Kuantan.
Sementara itu, blog PDO turut melaporkan bekas aktivis PKR, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran CMK@Blogger Cucumatkilau bakal bertanding calon bebas dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Terkini CMK digembar-gemburkan akan menyertai DAP selepas keluar dari PKR.
“Saya tidak pasti apakah motif pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan seperti itu… Sebelum ini saya dihebohkan akan menyertai UMNO.. kini DAP pula.. malah terdahulu parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim..
“Mungkin ada usaha pihak tertentu menghilangkan sokongan orang Melayu kepada saya agaknya. Tambahan sebelum ini saya pernah menyatakan hasrat untuk bertanding pada pilihanraya umum akan datang atas tiket bebas pro-rakyat di kawasan DUN yang mempertemukan calon bukan Melayu di Pahang”, kata CMK.
AIDCNews – 27/11/12 –  

No comments: