Tuesday 27 November 2012

ANAK PENGARAH FILEM MAUT KEMALANGAN...


Kuala Lumpur: Anak lelaki pengarah filem, Jurey Latiff Rosli, maut digilis sebuah lori ais dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Pandan Indah, dekat sini semalam.
Mangsa, Mohd Najmuddin, 16, dilaporkan mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan dalam kejadian jam 3.30 petang itu.

Arwah Mohd Najmuddin yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Besi ke Ampang apabila motosikalnya bergesel lori ais berkenaan lalu terjatuh sebelum digilis kenderaan terbabit.
Jenazah arwah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk urusan selanjutnya.
Jurey yang ditemui para wartawan di HKL, berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 5 petang daripada isterinya memaklumkan anak sulung daripada tujuh beradik itu terbabit kemalangan jalan raya.
Tambahnya, Najmuddin tinggal bersama neneknya di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi sejak kecil dan dalam perjalanan bertemu rakan di Ampang Point ketika kejadian.
“Saya reda dengan apa yang berlaku, namun terkilan kerana dia tak sempat melihat keputusan PMR yang bakal diumumkan tidak lama lagi,” katanya.- Info terkini dan Artis @ forblogger.net

No comments: