Saturday 24 November 2012

KDN DISERU PANTAU EKSTREMIS PAS

Veteran Umno Malaysia pada Jumaat memohon Kementerian Dalam Negeri memantau sifat ektremis anggota PAS terutamanya sepertimana ditunjukkan ketika Muktamar Tahunan Ke-58 parti itu Jumaat lepas.


Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub berkata pemantauan itu perlu dilakukan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku seterusnya menjamin keselamatan anggota Umno terutamanya menjelang Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini dan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Veteran bimbang apa berlaku sekarang dalam PAS yang mungkin dipengaruhi fahaman melampau," katanya kepada Bernama.

Tidak cukup dengan mengadakan solat hajat untuk mendoakan Umno dan Barisan Nasional (BN) hancur Jumaat lepas, PAS membuktikan kebencian ekstremnya dengan kenyataan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Umno merupakan parti murtad.

Beliau berkata PAS sudah hilang keyakinan untuk berdepan dengan Umno dan BN secara 'gentleman' disebabkan sokongan terhadap parti tunjang orang Melayu itu semakin kuat daripada hari ke hari. -  BERNAMA

No comments: