Saturday 24 November 2012

KARPAL SINGH LEMPANG NIK AZIZ DALAM SALON....??!!!

Gambar hiasan
DAP mahu campur tangan kerajaan negeri Kelantan terhadap undang-undang yang melarang wanita daripada memotong rambut lelaki di negeri ini.
Pengerusinya Karpal Singh berkata beliau terkejut apabila kerajaan memutuskan menguatkuasakan ketetapan undang-undang seperti itu ke atas golongan bukan Islam.


“Kerajaan negeri telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak akan diperluaskan kepada bukan Islam. PAS juga telah menyatakan hudud hanya akan dikenakan kepada umat Islam.
“Ada banyak kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai apa yang telah berlaku di Kelantan. Jika hudud dibenarkan untuk diguna pakai kepada umat Islam, terdapat masanya nanti ia diperluaskan kepada bukan Islam,” katanya kepada sidang akhbar di Air Itam pada Sabtu.
Beliau mengulas laporan pengusaha salun rambut di negeri di bawah pemerintahan PAS yang dikenakan denda kerana melanggar undang-undang yang melarang wanita daripada memotong rambut seorang lelaki dan sebaliknya.
Karpal Singh berkata keputusan itu adalah tidak berperlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah.
“Malah, ia perlu dicabar di mahkamah. Mereka yang berkenaan tidak perlu membayar denda. Ia menyalahi undang-undang.
“Saya berharap kepimpinan PAS akan campur tangan dan melakukan sesuatu mengenainya secepat mungkin,” katanya.

1 comment:

wasim46 said...

tu laaa bila lantik pemimpin melayu islam dr puak bodoh ugama kita dimainkan aku nok dengar apo ore tua tu nok belit kapal pusing