Sunday 25 November 2012

JUMPA MAYAT ATAS BUMBUNG

hiasan

PETALING JAYA : Seorang tukang cuci di Flat Impian Seri Setia, Jalan SS9A/14, Sungai Way di sini, yang sedang menjalankan kerja pembersihan di bumbung tingkat dua bangunan itu terkejut apabila menemui sekujur tubuh dalam keadaan terlentang dengan bahagian kepala berdarah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, tukang cuci wanita berusia 30-an itu menemui mayat lelaki berpakaian lengkap di satu sudut bumbung berkenaan sebelum memanggil seorang ahli jawatankuasa (AJK) persatuan penduduk flat itu bagi memaklumkan kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mereka kemudian menghubungi polis kerana menyangka lelaki terbabit mangsa pembunuhan.

Menurutnya, sepasukan polis dengan bantuan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi bagi menyiasat.

“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit bukan mangsa pembunuhan, sebaliknya akibat terjatuh dari tempat tinggi.

No comments: