Monday 5 November 2012

GEMPAR !!! AHLI PARLIMEN MENGAKU DILIWAT OLEH BAPANYA SENDIRI....???!!!


Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.....



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekali gus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata Nurul dalam wacana anjuran sebuah pergerakan Kristian semalam.Perundangan di Malaysia mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.

Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang Melayu yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian Islam.Nurul berucap di wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?.”Kenyataan Nurul itu dijangka mengundang reaksi daripada pertubuhan bukan kerajaan, malah PAS sendiri yang mahu isu mengkristiankan orang Islam ditangani secara serius.



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa Islam memandang serius isu murtad, lantaran parti itu amat serius dalam isu-isu akidah.Nurul membayangkan isu-isu seperti pengkristianan orang Melayu boleh ditangani dengan mengasah keimanan penganut Islam itu sendiri."Walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya …saya tidak terpengaruh (dengan ajaran Katholik,” kata beliau.

Aktivis dan peguam Malik Imtiaz memberitahu wacana itu bahawa hak asasi orang Islam amat terjejas di Malaysia.“Kita alpa bahawa dalam polemik ini (kebebasan agama), mangsa utama adalah orang Islam kerana...orang ramai nampaknya tidak berminat untuk mengupas kebebasan penganut Islam."Tidak ada sesiapa yang akan melarang seorang Katolik untuk ke gereja Protestant di negara ini. Tetapi pada masa sama untuk pemerintah, hanya wujud satu bentuk Islam...jika anda tidak mengamalkannya anda adalah penganut ajaran sesat,” ujar beliau.

Ikuti kupasan rakan blogger..... 


Nurul Izzah juga seolah-olah membawa nada pluralisme sama seperti Anwar Ibrahim! 

MiM akan kupas satu persatu selepas ini. Yang menjadi persoalan besar sekarang ialah apakah kepimpinan PAS dan pemimpin beragama Islam di PKR akan mendiamkan diri begitu sahaja mendengar kenyataan kontroversi anak Anwar Ibrahim itu? 

Sila baca laporan Antara Pos di bawah : 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam. 
Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain. 
“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini. 
Beliau menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh golongan bukan Islam. 
(MiM : apakah kenyataan itu bermaksud Nurul Izzah  bersetuju dan tiada masaalah jika ada yang mahu murtad? Sangat merbahaya! )

Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam. 
Walau bagaimanapun permohonan orang Islam untuk tukar agama masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. 
Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut. Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam. 
“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.
Petikan kupasan seterusnya..... KLIK Dr. MiM 


2 comments:

Anonymous said...

Dalam diam mungkin dia sendiri tidak sedar bahawa dia mungkin telah jatuh murtad... Nauzubillah..

Anonymous said...

Izzah, u adalah seorang ibu. Berapa org anak yg u dh lahirkan? Seandainya bila anak-anak u besar nanti, setiap seorang darinya mengambil keputusan utk sama ada menganut ugama lain selain Islam atau tidak percaya kpd agama apapun... ini bkn murtad, tapi ikut ckp u, kebebasan beragama.. adakah u setuju dan merestui mereka? JAWAB SAMA ADA SETUJU ATAU TIDAK!!