Showing posts with label BICARA KEROHANIAN. Show all posts
Showing posts with label BICARA KEROHANIAN. Show all posts

Friday, 29 November 2013

HUKUM SOLAT BERSOLEK DAN MEMAKAI TELEKUNG WARNA-WARNI

Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek? Bagaimana pula solat dengan mengenakan telekung pelbagai warna dan berkerawang yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.

Saturday, 5 October 2013

ANTARA GOLONGAN ANTI HADIS DAN SYIAH YANG MENYESATKAN UMMAH......


Tumpuan dan fokus masa kini lebih terarah kepada golongan Syiah yang seringkali disandarkan kepada perbuatan dan amalan mereka yang sangat ekstrim, penuh bidaah, bertaqiyyah dan sentiasa berhubungan baik dengan musuh-musuh Islam seperti Yahudi dan Nasrani dalam usaha menghapuskan agama Allah Taala dengan berselindung di sebalik nama AHLUL BAIT.

Wednesday, 28 August 2013

RAHSIA KAABAH YANG PERLU ANDA KETAHUI



15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

Monday, 12 August 2013

MARI KENALI SYIAH MELALUI CARA MEREKA BERSOLAT.... SEMOGA KITA TIDAK TERSESAT..!!!

Ini Dia Cara Orang Syiah Solat  1

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid'ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sunday, 11 August 2013

MASYAALLAH.......!!! SOLAT SUNAT AIDILFITRI BERIMAMKAN WANITA....


SUMBER menyatakan bahawa foto diatas menyaksikan seorang lagi wanita bernama Naima telah mengimamkan solat sunat Aidil Fitri. Solat tersebut turut dimakmumkan oleh beberapa orang lelaki. Dikatakan bahawa ianya terpengaruh dengan fahaman sesat di Amerika Syarikat yang mengiktirafkan Aminah Wadud sebagai imam solat Jumaat, dan kini ianya telah menular di kota London...... 

Monday, 29 July 2013

BENARKAH KISAH MAYAT INI....???



MAYAT ITU KESAKITAN DAN TERSIKSA!!!!

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan.

Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar-pelajar kita di luar negara khususnya di US. Contohnya, ada juga ibu bapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Tuesday, 23 July 2013

KETABAHAN UMAT ISLAM DI SWEDEN BERPUASA 24 JAM SELAMA SEBULAN....!!!!!!!!!!!


Kadang-kala terfikir bagaimana keadaan sambutan Ramadan di sebuah kawasan yang mana matahari tidak terbenam selama 24 jam, khususnya dalam musim panas.
Walaupun pelik tetapi hakikatnya situasi berkenaan benar adalah berlaku dalam kalangan umat Islam di Utara Sweden dengan matahari tidak terbenam selama sebulan.

Thursday, 18 July 2013

PENCURI YANG LEBIH MULIA DARI SAHABAT NABI ISA


Diriwayatkan dari Wuhaib Al-Wardi, ia berkata : Kami mendengar bahawa Nabi Isa a.s bersama seorang sahabat baginda, ketika sedang berjalan-jalan bertemu dengan seorang pencuri yang berada di dalam rumahnya. 

Wednesday, 17 July 2013

MUHASABAH DIRI : APABILA ROH BERKATA-KATA..............


PESANAN ROH KEPADA MANUSIA :

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Sunday, 9 June 2013

PENDETA YAHUDI PELUK ISLAM MELALUI INTERNET....???

Joseph-Chohien

Seorang pendeta yahudi bernama Joseph Chohien telah menggemparkan masyarakat yahudi Israel bila beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam…Kini nama barunya ialah Yusof Muhammad Khattab.. 

Friday, 18 January 2013

LELAKI YANG KEPANASAN BILA PIJAK MASJIDIL HARAM...... ANWAR IBRAHIM..???!!!




SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.

Sunday, 16 December 2012

AWAS..!!! ADA JIN DALAM RUMAH ANDA....???


SEANDAINYA PERKARA-PERKARA YANG DISENARAIKAN DI BAWAH INI SERING BERLAKU DI RUMAH ANDA.... ADA KEMUNGKINAN ITU ADALAH TANDA-TANDA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH..... 
Mari kita ikuti artikel seterusnya............

1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )

Friday, 23 November 2012

FAHAMAN SYIAH (BAHAGIAN 3 - TERAKHIR)


PERPADUAN ANTARA AHLI SUNNAH DAN SYIAH?

Perhubungan Ahli Sunnah dan Syiah, sama ada renggang atau erat berpunca daripada ideologi dan juga akidah bukannya disebabkan dasar hubungan sosial. Orang-orang awam yang menganuti mazhab-mazhab ini tidak mendalami ideologi-ideologi mazhab, akidah dan juga tidak memahami tentang pemikiran. Hubungan sosial dan kekeluargaan tetap ada di kalangan orang-orang awam bagi kedua-dua mazhab kerana kehidupan bermasyarakat berbeza dengan hala tuju akidah, kerana manusia adalah bersaudara dalam erti kata kemanusiaan. Perselisihan agama ataupun mazhab tidaklah merosakkan persahabatan dan tidak juga mencetuskan permusuhan.

FAHAMAN SYIAH (BAHAGIAN 2)


SYIAH DI MALAYSIA

Di antara puak Syiah yang banyak sepanjang sejarah mereka, yang masih kekal sehingga hari ini ialah tiga kumpulan iaitu Syiah Imam Dua Belas (Ja’afariyah), Al-Ismailiah, dan Al-Zaidiah.

Sebahagian pengkaji berpendapat bahawa sekiranya istilah Syiah disebut ia terus merujuk kepada Syiah Al-Imamiah dua belas atau selain mereka sama ada Syiah Al-Ismailiah atau Al-Zaidiah. Ini ialah kerana sumber-sumber rujukan Syiah Al-Imamiah dua belasmengandungi kebanyakan pendapat dan prinsip puak-puak Syiah yang lain. Syiah Imam Dua Belas dikenali juga dengan Ja’afariyahmerupakan golongan Syiah yang terbesar yang wujud hingga ke hari ini.

Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah, iaitu:

FAHAMAN SYIAH (BAHAGIAN 1)


DEFINISI SYIAH

Segi Bahasa             :

Dalam bentuk kata kerja “shayya’a”, bererti menyokong. Kata kerja ini juga bermaksud, ‘menolong dan bergabung’. Al-Azhari menyebut bahawa, Syiah ialah penolong-penolong seseorang dan pengikutnya. Penggunaan perkataan Syiah adalah untuk menunjukkan makna kumpulan manusia yang saling mengikut satu sama lain.

Sunday, 28 October 2012

UPDATE : KISAH BENAR ~ PADERI YANG TERPAKSA MEMBUKA KEBENARAN ISLAM..!!!

Terlebih dahulu.... seeloknya, teman sarankan agar baca dulu rencana terdahulu, yang teman postkan di sini lebih kurang 6 bulan yang lalu....

Ringan-ringankan hujung jari anda..... KLIK DI SINI

Berikut dipaparkan pula, kesinambungan dari entry tersebut..... 






















Wednesday, 16 February 2011

ANDA TAHU PUNCANYA....ANDA TAHU CARA MENGHADAPINYA....



SYAITAN MEMASUKI HATI MANUSIA MELALUI 10 PINTU :

Pertama :
TAMAK DAN BURUK SANGKA
Hadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang 
ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Tuesday, 18 January 2011

BERTAMBAH SAJA USIA KITA.... KITA TELAH MENGHAMPIRI ALAM BARZAKH


 ( NOTA DARI SEORANG RAKAN ) :

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat. Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemungkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.