Wednesday 28 November 2012

MAZIDUL BALUN MANIFESTO AIR PERCUMA KHALID GAGAP....!!!

ARTIKEL ini teman rembat dari blog idola teman, di sini.... 


MANIFESTO AIR PERCUMA DICURAHKAN KE LONGKANG

Pilihanraya umum, PRU 13, semakin hampir biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengesahkan bukan berlangsung pada bulan Disember akan datang.

Siapakah akan menentukan pemerintah negara ini?

gambar hiasan

Tentunya rakyat selaku pengundi.


Dalam PRU ke 12, negeri Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, PR. Ramai antara penduduk negeri itu bertepuk-sorak kegembiraan kerana diperintah oleh kerajaan negeri diterajui oleh pemimpin parti pembangkang. 

Namun kegembiraan itu tidak kekal lama.


Janji membekalkan subsidi 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada SEMUA rakyat negeri Selangor, seperti dicatatkan dalam manifesto 2008 belum ditunaikan sepenuhnya.

Isu menjadi kekangan, banyak flat, apartmen dan kondominium masih menggunakan meter pukal, bukan meter persendirian. Walhal jenis syarat meter tidak dicatatkan dalam manifesto PR sebelum memenangi PRU-12. Jika kerajaan Selangor ingin menunaikan janji sebelum PRU-13, gunakan maklumat dibekalkan oleh Badan Pengurusan Bersama, JMB berhubung bilangan unit flat, apartmen dan kondominium dihuni oleh warganegara Malaysia. Berikan potongan senilai harga 20 meter padu air kepada setiap unit menepati syarat.


Saya percaya JMB mempunyai maklumat tepat berhubung unit layak menerima air percuma terbabit kerana bil air secara pukal dibayar kepada kakitangan mereka.

Saya dan ramai lagi penduduk apartmen tinggal di Selangor sehingga kini belum lagi menikmati bekalan air percuma biarpun PR mula memerintah Selangor lebih 4 tahun lalu. Nilai air itu tidak seberapa dan tanpa bekalan air percuma itu saya masih lagi berpeluang untuk mengguna dan membayar bil air untuk kegiatan seharian.

Namun, teras hujahnya, setiap kata harus dikotakan. Jika lembu dipegang menggunakan tali diikat ke hidung manusia pula dipegang pada kenyataan mereka. Barangkali kini ramai terkeliru, sukar membezakan samada penduduk Selangor berurusan dengan manusia atau lembu.


Jika PR tidak diberikan mandat untuk memerintah Selangor selepas PRU-13, semua kenyataan itu bakal tinggal hanya sebagai omongan kosong. Air pecuma bak dicurahkan ke longkang.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kemudian mencabar rakyat Selangor supaya menyaman beliau jika tidak mendapat bekalan air percuma.



Kebelakangan ini, ribuan penduduk Selangor bertindak menyaman Menteri Besar kerana gagal memberikan subsidi air percuma menerusi Skim Air Percuma.

Klik di sini dan di sini.

"Manifesto bukan perjanjian," ujar Tan Sri Khalid dalam sidang media dirakamkan di atas.

Kenyataan itu biarpun pendek tetapi membawa pengertian amat mendalam. PR akan berkempen bagi PRU-13 dan seperti lazimnya, pemimpin mereka bakal membentangkan manifesto. Perlukah kandungan manifesto itu dipercayai dan ditelan bulat-bulat oleh pengundi di Selangor dan di seluruh negara?

Saya juga berasa hairan mengapakah Tan Sri Khalid sanggup mengeluarkan kenyataan MENCABAR rakyat Selangor? Siapakah menasihatkan beliau untuk bertindak sebegitu?

Sepatutnya, kerajaan Selangor mencari kaedah damage control berkesan untuk menangani masalah dikemukakan oleh ribuan rakyat. Berdolak-dalik berhubung kenyataan manifesto bukan cara terbaik untuk menawan hati penduduk Selangor.

Tindakan kerajaan sama mencabar rakyat negeri diterajui mereka pasti meninggalkan kesan negatif terhadap pengaruh PR di Selangor kerana rakyat dicabar, bakal pengundi dan akan menentukan jatuh bangun pemimpin negeri itu.

Andai kata, Barisan Nasional berjaya memegang kembali tampuk pemerintahan Selangor, berhati-hati dan tingkatkan keprihatinan terhadap rakyat. Perbetulkan semua kesilapan lalu agar kredibiliti pemimpin tidak tergugat.

Rakyat berasa selesa lazimnya akan mengekalkan pemimpin mereka.

No comments: