Wednesday 24 October 2012

PADAH MENYAMAR SEBAGAI KERABAT DIRAJA KEDAH...!!!


GEORGE TOWN, 23 Okt - Polis Pulau Pinang menahan 13 lelaki disyaki terlibat dalam kes penyamaran anggota kerabat diraja Kedah di sebuah hotel di Jalan Penang Selasa.



Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan pukul 3 petang itu, kesemua lelaki berusia sekitar 38 hingga 61 tahun itu ditahan ketika menghadiri program yang dinamakan 'Majlis Pelantikan Ahli Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia Diraja' sebagai tetamu kehormat di hotel berkenaan.


Katanya majlis yang dijadual berlangsung dari pukul 3 hingga 5 petang itu dihadiri kira-kira 120 tetamu yang terdiri daripada individu terlibat dengan pengurusan pusat hiburan di negeri ini.

"Polis bertindak berdasarkan maklumat awam dan masih menyiasat apa relevannya majlis yang diadakan itu dengan pertubuhan terbabit serta motif penyamaran suspek," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya polis turut menyita sebuah kereta BMW, dokumen dan beberapa helai kain selempang yang didakwa milik kumpulan yang mendakwa sebagai kerabat diraja berkenaan. - BERNAMA

No comments: