Wednesday 24 October 2012

MURSYIDUL AM PAS MILIKI CIRI-CIRI MUNAFIQ..???


Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai mungkir janji.

Beliau berkata rakyat seharusnya tidak memilih pemimpin yang mempunyai sifat tersebut dalam pemerintahan negara.

”Saya fikir rakyat Malaysia patut ambil perhatian kepada orang yang pernah berjanji selepas itu mungkir janji.

“Kalau orang macam ini jadi pemimpin negara, dia akan mungkir janji sepanjang masa,” katanya.

Terdahulu, Nik Aziz pernah membuat kenyataan secara terbuka tidak mahu bertanding lagi di mana-mana kawasan parlimen.

Sebaliknya, melalui temubual eksklusif bersama portal berita AntaraPos.com, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membayangkan untuk bertanding semula pada pilihan raya umum akan datang kerana disyorkan berbuat demikian oleh PAS.

Beliau turut menyatakan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.


No comments: