Tuesday 2 October 2012

NAHAS FERI DI HONG KONG KORBANKAN 36 NYAWA

25 maut tragedi 2 bot penumpang Hong Kong 
Salah satu bot penumpang yang terlibat dalam perlanggaran di Pulau Lamma, Hong 
Kong lewat malam tadi


HONG KONG 2 Okt - Sekurang-kurangnya 36 penumpang maut apabila sebuah kapal persiaran yang dalam perjalanan menyaksikan pertunjukan bunga api sempena Hari Kebangsaan Hong Kong berlanggar dengan sebuah feri dan tenggelam di perairannya, kata pihak berkuasa negara itu.
alt
 
Lebih 120 penumpang dan anak kapal berada di dalam kapal milik syarikat Hong Kong Electric bagi menyaksikan pertunjukan bunga api terbesar yang dianjurkan di pelabuhan Victoria malam tadi, iaitu berhampiran pulau Lamma ketika nahas itu berlaku. Kebanyakan penumpang terjun ke dalam laut ketika air sedang bergelora dan kapal berkenaan tenggelam beberapa minit kemudian. 
 
“28 disahkan mati di tempat kejadian manakala lapan lagi disahkan mati sejurus tiba di hospital,” menurut kerajaan dalam kenyataan hari ini.
 
“Lebih 100 mangsa dihantar ke lima hospital untuk rawatan lanjut dan sembilan daripadanya mengalami kecederaan serius serta dalam keadaan kritikal,” katanya. - AFP

No comments: