Tuesday 2 October 2012

LELAKI PALING SEKSI DI DUNIA 2012 ADALAH PONTIANAK.....????

..
Rekod populariti pontianak kegilaan ramai, Robert Pattinson aka Robpattz, nampaknya semakin cemerlang. Kali ini, aktor 26 tahun dinobat sebagai lelaki terseksi di dunia buat kali keempat berturut-turut.

Pattinson atau nama penuhnya Robert Douglas Thomas Pattinson, terpilih menjadi lelaki terseksi dalam senarai '50 Sexiest Men Of 2012' oleh majalah Glamour. Meskipun bintang 'Twilight' ni dilanda masalah cinta yang cukup memalukan gara-gara kisah skandal kekasihnya, Kristen Stewart sekitar Julai lalu, namun Pattinson tetap berjaya meraih undian paling banyak oleh pembaca majalah Inggeris itu.

Dia yang juga merupakan seorang model, pemuzik dan penerbit menduduki tempat pertama poll undian. Sekaligus berjaya mengenepikan barisan figura terkenal seperti pelakon British, Tom Hiddleston dan aktor berprofil tinggi, Johnny Depp yang masing-masing dikedudukan kedua dan ketiga. 
Tom Hiddleston (kiri), Johnny Depp.Tom Hiddleston (kiri), Johnny Depp.
Pelakon Michael Fassbender di senarai keempat sementara aktor Benedict Cumberbatch melonjak di kedudukan nombor lima, daripada senarai nombor 33, tahun lalu.

Senarai Top 10 artis paling seksi dilengkapi nama-nama besar termasuklah Iron Man - Robert Downey Jr juga seorang lagi bintang 'Twilight' iaitu, Taylor Lautner.

Lebih dari 40 000 pembaca telah mengundi kali ini.

Harap-harapnya gelaran yang diterima Robpattz kali ni dapatlah menyedarkan si Kristen Stewart bertapa bertuahnya dia setelah diterima semula oleh jejaka itu.

Sementara itu, walaupun tiada seorang pun anggota kumpulan pujaan ramai, One Direction tersenarai dala top 20, Harry berjaya memahat nama di kedudukan nombor 21 diikuti oleh Zayn Malik di senarai nombor 27, Niall Horan nombor 34, Louis Tomlinson nombor 48 dan Liam Payne nombor 77. 

One DirectionOne Direction

Berikut senarai Top 20 '50 Sexiest Men For 2012' versi majalah Glamour:

1. Robert Pattinson
2. Tom Hiddleston
3. Johnny Depp
4. Michael Fassbender
5. Benedict Cumberbatch
6. Robert Downey Jr.
7. Taylor Lautner
8. Paul Wesley
9. James McAvoy
10. Henry Cavill
11. Cory Monteith
12. Ian Somerhalder
13. Ed Westwick
14. Alexander Skarsgard
15. Joe Manganiello
16. Danny O'Donoghue
17. Ryan Gosling
18. Christian Bale
19. Chris Hemsworth
20. Tom Hardy

SUMBER  - mD

No comments: