Wednesday 3 October 2012

FAEKAH HANGIN DENGAN AZMIN MAHU TUKAR MB SELANGOR......


PETALING JAYA: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.
“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.


Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan Azmin sebagai berkata,  Selangor bakal kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Mengikut laporan itu, Khalid akan diberi jawatan menteri.
Menurut Azmin yang juga ialah Timbalan Presiden PKR kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Selain itu keupayaan dan kejayaan Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka, kata Azmin yang juga adalah Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.
Sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran Selangor, Azmin pernah disebut-sebut layak menjadi Menteri Besar.
Kuasa sultan
Kenyataan baru Azmin ini boleh mencetuskan perdebatan baru di antara  kumpulan penyokong Azmin dan Khalid seperti yang berlaku sebelum ini.
Faekah menambah bahawa kenyataan Azmin merupakan pandangan peribadi beliau tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Saya dapat komen bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bahawa siapa jadi Menteri Besar, Perdana Menteri dan Menteri tidak dibincangkan,” kata Faekah.
Beliau turut menegaskan bahawa kuasa melantik Menteri Besar terletak di tangan Sultan Selangor.
“Menurut undang-undang tubuh negeri, sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar Selangor, “Walaupun Pakatan mempunyai calon (setelah menang pilihan raya umum), kena rujuk sultan,” kata Faekah.
****Ehem....ehem.... macam ada kurap di sebalik baju je...............!!!!

No comments: