Thursday 11 October 2012

5 MENU PALING MAHAL DI DUNIA

Gambar ni teman cilok dari blog resepi kawan...

HUJAN LEBAT di luar rumah teman, macam biasa, bila hujan waktu petang-petang macam ni, tak ada benda lain yang dibayangkan walaupun sedang online kerja.....MAKANAN!! Apakah makanan kegemaran anda?  Berderet restoran tumbuh di seluruh pelosok dunia dengan sajian menu yang beraneka dan kadang-kadang tak masuk akal (teringat gadis Jepun makan katak hidup-hidup....buwekkkk!)..... Jom tengok, apakah menu yang tersaji di hadapan anda dengan harga yang anda bayar.....

Apakah Anda bersedia membayar US$ 368 untuk sepiring steak? Memang sulit dipercaya ada steak yang harganya ratusan dollar. Tapi, itu adalah fakta. Banyak tempat di berbagai negara menjual makanan dengan harga yang sangat tinggi. 

Berikut lima di antaranya:



1. Steak wagyu di Tokyo, Jepun


Aragawa adalah kedai steak pertama di Tokyo, Jepun.  Menu utama paling special adalah daging lembu Kobe tempatan berkualiti tinggi dan daging Wagyu yang terkenal dengan rasa lazatnya dan teksturnya yang lembut. Daging hanya disajikan dengan sos mustard dan merica. Harganya US$ 368 untuk satu porsi steak. Kualiti dagingnya yang tinggi membuat rasanya sangat lazat meskipun diolah dengan bahan masakan yang minima.

2. Ayam kukus tanpa kulit di Paris, Perancis


Alain Ducasse au Plaza Athénée, di Paris adalah restoran yang menyajikan menu autentik Perancis. Ruang makan ditata dengan sangat mewah. Layanan yang diberikan sangat special dan berkelas tinggi. Untuk menu ayam kukus tanpa kulit di restoran mewah tersebut hanya bernilai US$ 260 ..... (kalau dengan kulit mungkin harga  lebih tingggi...huhu)

3. Ikan bass yang disajikan dengan kaviar di Brussels, Belgium


Alsace Pinot Blanc merupakan taman berlokasi private yang terletak di Bruneau, Brussels, Belgium. Tempat makan berkelas ini menyediakan menu yang sangat menggoda iaitu, “Fillet of Bass with Imperial Osetra Caviar”. Ikan Bass yang telah di fillet disajikan dengan kaviar yang berasal dari ikan albino langka yang hidup di laut Kaspia. Harganya US$ 200 .

4. Kambing panggang di Dubai, Uni Emirat Arab


Gordon Ramsay’s Verre memiliki chef selebriti yang menyajikan masakan Eropah moden yang khas dan berbeza. Tempat ini mendapat pengakuan antarabangsa dan sering mendapat pujian dari para pengkritik kuliner. Salah satu menu handalannya adalah “Roast Lamb with Aubergine Gratin”. Yaitu, kambing panggang yang disajikan dengan terong, ditaburi parutan keju dan tomato. Harganya US$ 70 .

5. AIs krim di New York, Amerika Syarikat


Menu ais krim “Golden Opulence Sundae” di New York City’s Serendipity, berharga US$ 1000. Boleh dikatakan menu tersebut adalah ais krim sundae termahal di dunia. Isinya sundae tersebut iaitu ais krim vanilla, yang bahan dasarnya berkualiti tinggi berasal dari Tahiti dan Madagaskar.
Selain itu, ada ais Krim Cokelat Chuao yang berasal dari daerah pantai di Venezuela. Toppingnya terdiri dari buah-buahan Parisian, kaviar Grand Passion. AISs krim dihiasi dengan emas 23 karat berbentuk daun dan disajikan dalam gelas kristal Harcourt berbentuk piala. Sudu untuk menyuap ais krim sundae terbuat dari emas 18 karat.

***Sesekali pekena ubi rebus cecah kelapa parut pun sedap... ataupun jemput-jemput pisang makan panas-panas......perghhhh!

No comments: