Monday 10 September 2012

BINTANG BOLASEPAK YANG KEJAM...!!!


Brazil – Bintang bola sepak Brazil yang juga pemain kelab Flamengo, Bruno Fernandes de Souza, 27, dihadapkan di mahkamah atas tuduhan melakukan siksaan dan membunuh perempuan simpanannya sebelum sebahagian anggota badan wanita itu dijadikan makanan anjing peliharaannya.

Bola Sepak

Dia didakwa membunuh model, Eliza Samudio bagi melindungi reputasinya selepas wanita itu mengandung anaknya pada 2010.

Bruno ketika ini telah menjalani hukuman penjara empat setengah tahun selepas didapati bersalah menculik Samudio.

Dia didakwa melakukan pembunuhan itu dengan bantuan lapan orang yang lain termasuk isterinya, Dayane, sepupu dan bekas pegawai penyiasat, Luiz Santos.

Penjaga gol itu didakwa menyaksikan bagaimana Santos telah menyiksa wanita tersebut sebelum membantu lelaki itu memotong mayat mangsa.

Bruno yang sebelum ini disebut-sebut bakal menjadi penjaga gol pasukan Brazil telah bertemu Samudio ketika menghadiri satu parti yang dianjurkan oleh rakan sepasukannya.

Selepas parti tersebut, Bruno telah bermalam bersama dengan Samudio dan selepas mengetahui wanita itu mengandung, dia menjadi marah.

Bruno kemudiannya merancang membunuh Samudio selepas mengetahui wanita itu mahu mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan bahawa Bruno adalah bapa kepada anaknya.

Sementara itu, sepupunya yang juga salah seorang tertuduh dalam kenyataannya kepada polis memaklumkan bahawa mereka telah menculik Samudio daripada sebuah hotel di Rio de Janeiro pada 4 Jun 2010.

Wanita itu kemudiannya dibawa ke sebuah kawasan pedalaman sebelum dia disiksa dan dibunuh dengan kejam.

Bagi mengelakkan jeritan wanita itu didengari orang lain, mereka telah membuka muzik dengan kuat.

No comments: