Tuesday, 3 July 2012

ROH DAN TENAGA MISTIK....


Gambar Hiasan
JEPUN PERCAYA PADA ROH DAN TENAGA MISTIK
38.Saya pernah ditunjuk oleh sahabat saya batu bata yang diambil dari satu binaan milik tentera Jepun di satu kawasan di Semenanjung.
39.Selepas dibuat ujian, batu bata ini mengandungi darah dan tulang-tulang manusia.
40.Moralnya para pegawai Jepun ini mengarahkan askar-askar mereka dibunuh dan roh-roh askar-askar ini akan mengawal kompleks-kompleks atau kubu yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka sehingga hari kiamat.
41.Pasai tu askar Jepun (roh) mereka ini sentiasa mengawal sampai sekarang.
ATM DAN MISTIK
42.Apa pun kita sebagai rakyat, sentiasalah kena berhati-hati, ATM bukan sekadar angkatan perang yang terpaksa berhadapan dengan peperangan konvensional, ia juga merupakan satu aset negara yang dikerahkan untuk mempertahankan dan mematah sebarang percubaan musuh yang tidak pernah diwar-warkan kepada rakyat.
43.Yakinlah pada ATM, jangan biarkan musuh-musuh kita membiarkan keyakinan dan rasa hormat kita hilang pada ATM.
44.Inilah yang sedang berlaku dan yang sedihnya, tanpa sedar, orang Melayu paling ramai terlibat.
45.Musuh kita sekarang masuk dalam pelbagai rupa, kalau dulu dunia Arab, ada Lawrence Of Arabia yang berpura memeluk Islam dan kemudian menghancurkan pemerintahan Islam Turki.
46.Hari ini kita ada orang-orang macam Ambiga dan kita juga telah berkenalan dengan Irshad Manji yang kononnya mengaku seorang Muslim.
47.Sesiapa yang pernah membaca buku Irshad Manji pasti akan pelik apabila seorang yang mengaku Muslim seperti wanita ini telah meminta masyarakat dunia bersiap sedia untuk menghadapi ancaman Islam.
48.Seorang Islam memberi amaran tentang ancaman Islam???? Pelik?
49.Apabila buku itu dialih bahasakan kepada Bahasa Melayu, jelaskan sasarannya adalah untuk pembaca Melayu.
50.Kita diserang kiri-kanan dan bangsa kita sendiri di ambang perpecahan dan kerana fahaman politik yang membutakan, kita ramai-ramai menobatkan musuh-musuh ini sebagai pemimpin kita hanya disebabkan kebencian kita pada lawan politik yang lain.
52.Bukalah minda, adakah satu hari nanti kita akan bertikam keris dan memotong leher sesama agama dan bangsa kita hanya sekadar untuk membuktikan Islam mana yang betul?
53.Saya dengan rasa rendah diri dan rendah hati meminta supaya para pembaca saya yang bijaksana untuk tidak membawa perpecahan yang disebabkan politik itu dalam blog saya secara keterlaluan.
54.Sikit-sikit tidak mengapa.
55.Seperkara lagi, pilihanraya umum pun sudah dekat, kepada mereka yang mengaku penyokong kerajaan dan kepada mereka yang menyokong pembangkang, jangan hanya mampu menang sorak sahaja, pergilah mendaftarkan diri dan nyatakan pendirian anda.
....tamat

No comments: