Tuesday 3 July 2012

BETTY CHEW TERMALU SUAMI DIKAITKAN DGN PHAIK KHENG BERTINDAK TINGGALKAN SIDANG DUN MELAKA..???


Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang Betty Chew Gek Cheng bersama empat lagi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP Rabu bertindak keluar daripada persidangan DUN Melaka berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya, Lim Guan Eng.
Betty yang juga ADUN Kota Laksamana bersama Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) bertindak demikian kerana membantah laporan dan penyiaran gambar di dalam akhbar hari ini berhubung isu berkenaan.
Sebelum sesi soal jawab bermula, Leong San yang memegang akhbar bangun dan bertanya kepada Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad mengapa membenarkan media membuat laporan dan mengambil gambar di dalam sidang dewan berkenaan.
Othman kemudian memaklumkan bahawa perkara tersebut dibenarkan dalam semua sidang dewan dan Parlimen.
Kesemua ADUN berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian bertindak keluar dari sidang dewan berkenaan.
– BERNAMA

No comments: