Wednesday 18 July 2012

NIAT MURNI BANTU ABANG BERNIAGA BAWA PADAH...!!!

BUKTI...Ab Rashid menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.
BUKTI...Ab Rashid menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.



KAJANG: Seorang pelajar yang masih bersekolah di tingkatan empat di sini, didapati membantu abang dan kakak iparnya mengedar dadah secara kecil-kecilan ketika mereka ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Damai Perdana, Cheras, dekat sini.  


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab , remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan bersama abang serta kakak iparnya masing-masing berusia 28 dan 30 tahun dan ketika serbuan serbuan pada jam 12.15 pagi, Jumaat lalu, Katanya, polis menemui 100 peket dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM8,000 dalam rumah berkenaan.


RAMPAS...dadah yang dirampas dalam serbuan.
RAMPAS...dadah yang dirampas dalam serbuan.

“Ujian air kencing terhadap abang remaja itu didapati positif dadah jenis heroin serta mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah.


“Mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu. Ketiga-tiganya direman hingga Jumaat ini,” katanya.

Kini, ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.


Menurut Ab Rashid, ketiga-tiga mereka dipercayai membungkus semula heroin ke dalam bungkusan kecil seberat satu gram setiap satu sebelum dijual dengan harga RM80.



Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan kemungkinan pelajar berkenaan turut menjual dadah di sekolahnya.

Dalam tangkapan kedua, dua lelaki berusia 20-an ditahan di Tanah Perkuburan Cina Jalan Kuari di sini, jam 7.40 pagi, Sabtu lalu.


Menurut Ab Rashid, kedua-dua suspek yang juga penganggur itu ditahan bersama 11 peket heroin seberat 21.5 gram dianggar bernilai lebih RM1,000.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan pertama dalam pengedaran dadah.


No comments: