Wednesday 11 July 2012

HEIDI KLUM SERIK BERKAHWIN...?


Heidi Klum


NAMPAKNYA selepas berpisah dengan penyanyi Seal, supermodel Heidi Klum sudah serik untuk berkahwin lagi.


Juri Project Runway itu memberitahu akhbar mingguan Bild am Sonntag, biarpun tidak menyesal dengan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi tersebut namun dia tidak pasti sama ada akan berkahwin lagi selepas ini.



"Saya tak tahu sama ada saya akan berkahwin lagi," kata Klum yang telah berpisah dengan Seal pada Januari lalu selepas mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.


"Saya amat menyukai hidup berumah tangga. Saya ini seorang yang kuat berangan. Saya sukakan majlis perkahwinan kami di mana semua keluarga berkumpul. Cuma sayang sekali, ia tidak menjadi," katanya lagi.


Dia yang kini dikaitkan dengan rakan dalam program Germany's Next Top Model, Thomas Hayo turut menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki tersebut.


"Dia bukan teman lelaki saya dan tidak akan menjadi kekasih saya. Dia memang seorang lelaki yang budiman tetapi dia bukan untuk saya," kata supermodel kelahiran Jerman berusia 39 tahun itu lagi.


Menurut Klum, biar perkahwinannya putus di tengah jalan namun dia tetap berpuas hati dengan kehidupan yang dilaluinya.


"Saya rasa semua orang patut mengejar mimpi. Saya juga mencuba. Saya melihat masa depan, menumpukan perhatian kepada keluarga dan ya, saya akui, saya gembira.


"Sebenarnya ada yang lebih teruk daripada sebuah perpisahan," katanya.




Ketika masih suami isteri

No comments: