Friday 20 July 2012

'BUJANG SENANG' RAKSASA, DITANGKAP KERANA PECAHKAN REKOD DUNIA

SEEKOR buaya air masin telah berjaya ditangkap di Bunawan, Agusan del Sur, di dalam kepulauan Filipina. 100 orang dan sebuah kren terpaksa digunakan untuk menarik naik buaya 'raksasa' itu dari muara sungai kecil!


Buaya yang dinamakan sempena nama seorang pegawai kerajaan yang terbunuh dalam usaha menangkapnya, Lolong berukuran panjang 20.24 kaki (6.17 meter) dan beratnya lebih dari satu tan. Reptilia gergasi ini berjaya memecahkan catatan Rekod Dunia Guiness kerana buaya terbesar yang pernah ditangkap sebelum ini yang berukuran 17 kaki dan beratnya tidak sampai 1 tan.

Datuk Bandar, Edwin Cox Elorde berkata, “Perasaan kami berbaur, antara kebanggaan sebagai bukti tempat kami kaya dengan biodiversiti dan kebimbangan jika bukan seekor Lolong saja yang berada di sekitar kepulauan ini."

Lolong kini menjadi tarikan utama di taman ekologi Bunawan, dan membantu bandar itu mengaut 3 juta pesos (US$72,000) setakat ini. Kebanyakan wang tersebut digunakan untuk membeli makanan buaya dan pengurusan taman itu.

Setiausaha Alam Sekitar & Sumber Asli Filipina, Ramon Paje berkata, pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness akan turut membantu meningkatkan kesedaran penduduk tentang peri-pentingnya penjagaan alam sekitar.



<  PUTRAJAYA ONLINE

No comments: