Tuesday 10 July 2012

BETTY CHEW CERAIKAN GUAN ENG..???

Skandal seks, hubungan sulit, kecurangan ahli-ahli politik telah lama digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan mereka, iaitu sejak politik diperkenalkan.  Dalam dunia hari ini, terutamanya, tiada rahsia gelap dapat disembunyikan bila laman sosial dan blog menjadi satu cara hidup.  Jadi, hakikat yang perit untuk diterima oleh para ahli politik ialah satu-satunya cara untuk mengelakkan ‘kecederaan’ atau ‘kematian’ oleh senjata ini ialah dengan tetap setia pada yang satu.  


 

Kata orang, pena lebih tajam dari mata pedang, dan kata penulis pula, maklumat lebih berkuasa dari wang.  Apabila sesuatu maklumat sebegini sampai kepada pihak musuh, kehidupan anda pun musnah.  

Kecuali jika anda adalah seorang Anugerah Tuhan untuk manusia sejagat seperti Anwar Ibrahim di mana beliau boleh meliwat dan merogol sesiapa dan di mana saja tetapi masih tetap ada penyokong, maka anda tidak akan mampu meneruskan hidup seperti biasa apabila skandal seperti itu terdedah.  

Justeru, pastinya, Khalifah lantikan PAS, iaitu Lim Guan Eng gagal untuk meyakinkan sesiapa walaupun penyokongnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Ng Phaik Kheng, bekas pegawai khasnya yang kini telah ditukarkan ke bahagian lain setelah menerima tekanan dari isterinya, Betty Chew.   Ketiga-tiga mereka nampaknya sukar sekali untuk menafikan dakwaan tersebut malah Guan Eng menyalahkan musuhnya, Betty Chew pula bertindak keluar Dewan manakala Phaik Kheng memberitahu media agar bertanya Betty apabila ditanya mengenai perkara ini. 

Jelas, Betty Chew benar-benar terjejas dengan skandal ini dan penulis bukannya menokok tambah dengan berkata beliau menjadi meroyan.  Dengan keluar dari dewan, menjerit dan mengangkat sepanduk bertulis ‘tak malu’ terhadap Datuk Gan Tian Loo hanya kerana bertanyakan soalan mengenai skandal suaminya, kita tidak punya masalah untuk membayangkan Betty Chew yang menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng.  Dan kita juga tidak punya masalah memahami kenapa Guan Eng mengadakan hubungan sulit.  

Betty Chew tentunya terlupa sejenak bahawa beliau seorang ahli politik yang sepatutnya menjaga tingkah laku dan tidak hilang kawalan atas apa jua alasan.  Kecualilah jika rakyat di kawasannya yang terjejas maka beliau tidak wajar untuk mengamuk kerana isu peribadi.  Jika ia isu peribadi maka beliau boleh menjawab Datuk Gan dengan baik dengan jawapan ya atau tidak.  Sama ada jawapannya dipercayai atau tidak, bukanlah soalnya.  

Satu-satunya sebab kenapa Betty Chew meroyan adalah kerana tuduhan tersebut benar belaka.  Jika tidak, beliau tentu hanya akan mengetawakannya dan menafikan saja. 

Kita faham bahawa Betty Chew marah, bukan terhadap Datuk Gan atau pihak media ataupun BN tetapi terhadap suaminya dan Phaik Kheng kerana melukakan hatinya dan memalukannya.  Oleh kerana beliau tidak dapat ‘menyentuh’ Phaik Kheng tanpa mengambil risiko terdedah kepada internet lagi, beliau tidak punya saluran lain untuk melepaskan kemarahannya, melainkan kepada musuh politiknya. 

Oleh itu, jika ada sesiapa yang layak menerima perkataan ‘tak malu’, ia adalah Betty sendiri kerana tidak bersikap sebagai wanita sejati, sebagai seorang isteri Ketua Menteri dan sebagai seorang ahli politik.  

Jika hati Betty boleh disejukkan, salah satu caranya ialah mungkin dengan meminta beliau membayangkan apakah yang dilalui oleh Wan Azizah setiap hari sepanjang perkahwinannya dengan Anwar Ibrahim. 


By:  Susan Lim

No comments: