Thursday 12 July 2012

BERAPA BANYAK RUMAHTANGGA RUNTUH GARA-GARA PAS...???


KOTA BHARU - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Hj Alwi Che Mat berkata isu-isu seumpama itu telah kerapkali didengar bukan sahaja hari ini malah sebelum ini lagi.
Cuma ujar beliau perkara berkenaan tidak didedahkan kepada umum dan tidak hairan isu perceraian akibat perbezaan ideologi politik berlaku di negeri yang dipanggil Serambi Mekah itu.


“Sebelum saya pergi lebih jauh ingatlah tiap kali berlaku perceraian bergegar ‘tiang arasy’……..Ini hanyalah sebahagian daripada kesan sikap taksub yang dibawa oleh pemimpin Pas. Tetapi bukanlah semua pemimpin mereka bersikap sedemikian. Sebahagian sahaja.
“Apabila dianggap Pas itu Islam inilah musibahnya. Perlu diingat Pas itu Islam dan Islam itu Pas adalah salah sama sekali dan ianya adalah satu kesalahan yang cukup besar. Sesungguhnya Islam itu bukanlah Pas.
“Pandangan sebegini jauh menyimpang dan banyak benda yang Pas ajar tidak sama dengan Islam. Inilah yang saya katakan tadi dan sekali lagi saya tegaskan bukanlah semua tetapi sebahagian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.
Alwi seterusnya mengingatkan semua pihak agar menghayati khutabh terakhir Rasulullah s.a.w. yang antara lain menyeru ke arah perpaduan dan tidak menjual agama serta sebagainya lagi untuk renungan bersama.
Tegas beliau jadikanlah khutbah berkenaan sebagai panduan kerana apa yang penting hari ini adalah kepentingan ummah dan apa yang berlaku itu tidak sepatutnya berlaku jika penerapan dan penghayatan kepada Islam yang sebenar. -MediaUMNO

No comments: