Tuesday, 12 June 2012

SIAPAKAH LELAKI MISTERI INI...??


Kira-kira jam 12 tengahari tadi, saya terserempak dengan lelaki berperangai aneh di bawah buat kali kedua.


"Biasanya dia minum di antara 10 dan 15 kotak susu," ujar pekerja restoran mamak.

"Sejak bila dia duduk di meja itu?," soal saya.

"Dari jam 11 malam tadi," balas pekerja.

Saya difahamkan, sejak malam tadi dia telah memakan sekeping roti canai kosong, roti pisang, 2 pinggan nasi dan lauk serta meminum 7 kotak susu.


"Selalu pelanggan datang ke restoran ini, makan roti canai banjir sama kuah kari, dia bubuh susu. Makan nasi pun, itu pinggan dia kasi curah susu juga. Hisap rokok banyak kuat, sudah mahu habis dua kotak. Tetapi semua bil dia bayar, wang banyak, lima puluh ringgit ada, satu ratus ada," jelas pekerja sama.


Barangkali berikutan wang terlalu banyak, beg duit miliknya diletakkan di bahu.


"Setiap kali datang ke sini, selepas makan, semua kotak susu dan botol air mineral dia akan masukkan ke dalam plastik dan bawa balik. Saya pernah tanya dia duduk mana? Dia diam. Sejak malam tadi, dia duduk, bercakap seorang diri, kadang-kadang dia menyanyi," kata pekerja.

"Dia menyanyi lagu apa?," soal saya.

"Instrumental, tidak ada itu lirik," balasnya.


Lebih aneh lagi, selama hampir 2 jam, dia duduk selamba di bawah terik matahari.


Saya kemudian meminta pekerja restoran menyuruh lelaki itu duduk di meja berbumbung.


Dia memenuhi permintaan itu. 


... dan membawa semua kotak susu bersama.


Tiada terlalu banyak perbezaan perlakuan lelaki terbabit berbanding sebelumnya, cuma ketika kali pertama saya terserampak dengannya, dia memakai seragam PENGAWAL KESELAMATAN.


SUMBER

No comments: