Showing posts with label MAZIDUL AKMAL SIDIK. Show all posts
Showing posts with label MAZIDUL AKMAL SIDIK. Show all posts

Thursday, 30 August 2012

AWAS!!! JIKA SUAMI ANDA ADALAH PEMAIN GOLF....!!!

Berikut teman muatkan pendedahan dari blog Mazidulakmal mengenai kegiatan sebahagian besar kedi-kedi wanita Indonesia yang bekerja di kelab-kelab golf tempatan pelbagai taraf.  Tujuan teman adalah untuk berkogsi dengan  para pembaca Bicara Perjuangan mengenai kegiatan-kegiatan 'gelap' yang kadang-kadang tidak pernah kita duga sama sekali berlaku di kalangan 'ahli-ahli sukan' tempatan yang kita sentiasa beranggapan bahawa mereka adalah 'sihat'.

Jika anda adalah seorang isteri yang mempunyai suami yang gemar bermain golf, samada di kelab-kelab golf tempatan mahupun luar negara (terutama Indonesia).....semoga pendedahan Mazidulakmal ini memberi pengetahuan yang sangat berguna untuk anda........


SIANG DI PADANG MALAM DI RANJANG (PENDEDAHAN EKSKLUSIF!) RATED 18 SX

Saya bukan pemain golf, mungkin kerana hati masih belum terbuka untuk terbabit dalam sukan ekskusif itu. Namun itu tidak bermaksud saya tidak bercampur gaul bersama pemain golf.

"Kebanyakkan pemain golf, businessman. Sekali main, green fees di antara RM200 dan RM300 ringgit. Kalau di kelab golf awam, bayaran lebih murah sedikit, kurang RM100 pun ada," ujar 'Izam', 39 tahun.

Izam, bukan nama sebenar, bekas kedi di kelab golf.

"Berapa ramai kedi tempatan di kelab ini?," tanya saya kepada rakannya, 'Halim'.

"Dahulu ada beberapa orang, sekarang tiada. Kedi  tempatan tidak suka terikat, mereka gemar dibayar gaji harian. Masalahnya, kekadang bila kelab memerlukan kedi, mereka tidak datang. Kedi Indonesia lebih mudah mengikut jadual ditetapkan oleh kelab. Mereka mula bertugas di negara kita, saya anggarkan lebih 15 tahun lalu," balas lelaki berusia 46 tahun itu. 

Justeru itu, banyak kelab golf di Malaysia, kini lebih cenderung menggajikan kedi gadis Indonesia. Bilangan mereka di antara 40 dan 120 orang di sesebuah kelab, dilaporkan memasuki Malaysia menggunakan visa sektor perkhidmatan.

"Kedi gadis Indonesia, di kelab golf saya bekerja dahulu pernah ditangkap mengadakan hubungan seks bersama pasangannya, lelaki Bangladesh di bumbung asrama mereka diami. Visual dirakamkan oleh kamera litar tertutup. Apabila pihak pengurusan kelab mengetahui kes itu, dia dibuang kerja dan kini bertugas di kelab golf berhampiran," kata Izam.

Saya perhatikan, kedi gadis Indonesia bertugas memakai seluar dan baju ketat.  

"Memang kehendak mereka begitu. Sewaktu mengukur pakaian seragam di kedai tukang jahit mereka meminta agar seluar diketatkan. Tukang jahit tidak akan mempersetujui permintaan itu kerana mengikut peraturan ditetapkan oleh pihak pengurusan kelab tetapi kedi terbabit akan mengecilkan saiz seluar di tempat lain. Biar kelihatan sendat," ujar Halim. 

Berikut antara contoh seluar kedi berasal dari Indonesia.


Teruskan baca di.... MAZIDULAKMAL.COM

Tuesday, 12 June 2012

SIAPAKAH LELAKI MISTERI INI...??


Kira-kira jam 12 tengahari tadi, saya terserempak dengan lelaki berperangai aneh di bawah buat kali kedua.


"Biasanya dia minum di antara 10 dan 15 kotak susu," ujar pekerja restoran mamak.

"Sejak bila dia duduk di meja itu?," soal saya.

"Dari jam 11 malam tadi," balas pekerja.

Saya difahamkan, sejak malam tadi dia telah memakan sekeping roti canai kosong, roti pisang, 2 pinggan nasi dan lauk serta meminum 7 kotak susu.


"Selalu pelanggan datang ke restoran ini, makan roti canai banjir sama kuah kari, dia bubuh susu. Makan nasi pun, itu pinggan dia kasi curah susu juga. Hisap rokok banyak kuat, sudah mahu habis dua kotak. Tetapi semua bil dia bayar, wang banyak, lima puluh ringgit ada, satu ratus ada," jelas pekerja sama.


Barangkali berikutan wang terlalu banyak, beg duit miliknya diletakkan di bahu.


"Setiap kali datang ke sini, selepas makan, semua kotak susu dan botol air mineral dia akan masukkan ke dalam plastik dan bawa balik. Saya pernah tanya dia duduk mana? Dia diam. Sejak malam tadi, dia duduk, bercakap seorang diri, kadang-kadang dia menyanyi," kata pekerja.

"Dia menyanyi lagu apa?," soal saya.

"Instrumental, tidak ada itu lirik," balasnya.


Lebih aneh lagi, selama hampir 2 jam, dia duduk selamba di bawah terik matahari.


Saya kemudian meminta pekerja restoran menyuruh lelaki itu duduk di meja berbumbung.


Dia memenuhi permintaan itu. 


... dan membawa semua kotak susu bersama.


Tiada terlalu banyak perbezaan perlakuan lelaki terbabit berbanding sebelumnya, cuma ketika kali pertama saya terserampak dengannya, dia memakai seragam PENGAWAL KESELAMATAN.


SUMBER