Wednesday, 20 June 2012

AZMIN RESTU NEPOTISME DALAM PKR....


Mungkin menjadi tanda tanya, apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berminat bercakap tentang nepotisme iaitu kegemaran memilih kaum kerabat dan sanak saudara sendiri dalam pemilihan jawatan. 

"Maka saya yakin (Anwar) akan terus mempertahankan prinsip ini dalam PKR," kata Azmin yang memberitahu bahawa Anwar dahulunya menentang keras amalan nepotisme ketika di dalam perhimpunan agung Umno 1997. 

Ketika ditanya lanjut wartawan Malaysiakini tentang penglibatan anak Anwar sebagai Naib Presiden PKR, Azmin berkata ia bukan amalan nepotisme kerana dipilih secara sah dalam parti. 

"Baik, Alhamdulillah pemilihan dia dibuat secara sah. Kita perlu maju ke depan dan pastikan keputusan yang dibuat dalam parti dan kerajaan negeri dan pusat insya-Allah tidak dipengaruhi elemen (nepotisme). 

"Itu sahaja peringatan saya. Saya tak mahu parti ini mengamalkan amalan tidak sihat," katanya. 

Menurutnya, beliau tidak merasakan suatu ancaman apabila anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menguasai jawatan penting dalam parti. 

"Pada waktu ini presiden (isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan naib presiden (anak perempuan Anwar, Nurul Izzah) dipilih dari kalangan anggota keluarga. 

"Dalam pemilihan parti selepas ini kita tidak tahu. Saya tidak tahu apa jawatan saya selepas ini. Biarlah kita jalankan kerja dahulu. Sekarang fokus kita ialah pada pilihan raya umum. 

"Lepas itu kita boleh bincang masa depan parti," katanya. 

Azmin berkata demikian selepas beliau mula menjadi sasaran korupsi terutamanya dari Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui rencananya, "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet". 

Walaupun pendedahan RPK itu mula diperkatakan ramai pihak, namun setakat ini, Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah masih belum membuat kenyataan tegas menyokong Timbalan Presiden PKR itu. 

Sumber: AIDC

No comments: