SUDAH bertahun-tahun C'sar, seekor gajah Afrika mengalami masaalah penglihatan. Pada 2010 yang lalu pekerja di sebuah Zoo Utara Carolina, Amerika Syarikat menyedari bahawa kanta mata gajah berusia 38 tahun itu semakin kabur.
Ia dilihat tertekan melalui kehidupan sehari-hari malah beratnya beransur-ansur menurun dan kini ia dilaporkan sudah kehilangan 1,000 pounds sehingga menampakkan tulang-temulang di bahagian bahunya.
C'sar sebelum ini pernah melalui pembedahan katarak, hasilnya berat badannya meningkat namun selepas kanta semulajadi daripada kedua-dua matanya dibuang, binatang berkulit tebal (pachyderm) hanya mampu melihat objek yang jauh.
Untuk menambahbaik penglihatannya, para petugas zoo North Carolina State University's College of Veterinary Medicine membuat keputusan untuk memasang kanta pembetul (contact-lense) ke atas haiwan itu.
Ini menjadikan C'sar sebagai gajah pertama dijadikan ujikaji terhadap prosedur tersebut.
Richard McMullen, seorang pembantu professor di universiti tersebut yang telah melakukan pembedahan sebelum ini mendakwa contact-lense yang dipasang akan meningkatkan kesihatan C'sar.
Meskipun C'sar sudah dilatih untuk memudahkan tugas meletakkan penitis mata, tugas rutin bagi menukar kanta matanya setiap tiga bulan dilihat akan menjadi satu tugas yang sukar.
Sumber: huffingtonpost.com
No comments:
Post a Comment