Sunday 13 May 2012

TAHNIAH!!! MALAYSIA JUARA HOKI PIALA REMAJA ASIA EDISI 2012... PENANTIAN 20 TAHUN BERAKHIR..!!!

Malaysia muncul juara hoki Piala Remaja Asia selepas menewaskan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka malam ini.



Kemenangan itu membolehkan Malaysia muncul negara keempat menjuarai kejohanan ini selepas Pakistan (1987, 1992 dan 1996), India (2004 dan 2008) dan Korea Selatan (2000).

Kemenangan paling bermakna itu menebus kekecewaan 20 tahun lalu apabila skuad negara sekadar bergelar naib juara, tunduk 3-0 kepada Pakistan dalam perlawanan akhir di Ipoh pada 1992.



Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd. Faizal Shaari (minit ke 2) dan Mohd Shamin Mohd Yusuf (minit ke 18 ).



Barisan pemain Skuad Hoki Remaja










Psssst.... gambar2 ikhsan dari stadium astro di rumah BP.. hehehehe

No comments: