Friday 4 May 2012

AKHBAR CINA 'HITAMKAN' AKHBAR SENDIRI... KENAPA HITAM? KENAPA TIDAK KUNING..???

Akhbar Cina Menghitamkan Akhbar Mereka, Atau 'Menghitamkan' Pemikiran Pembacanya?

Akhbar- akhbar Cina tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily and Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo.
Namun mereka terlupa hendak ‘menghitamkan wajah mereka’ sendiri sewaktu menulis pelbagai perkara sensitif dan menyakitkan perasaan orang Melayu dalam berita dan rencana yang mereka hasilkan.
Mereka hanya melihat dari sudut layanan kerajaan terhadap pekerja mereka sepanjang demo Bersih 3.0 tetapi mereka lupa bagaimana selama ini kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melayan mereka bagai ‘menatang minyak yang penuh’ hingga tiada satu pun akhbar mereka ditutup walaupun adakalanya mereka menghentam kerajaan macam akhbar itu mak bapa mereka yang punya!
Apa yang mereka mahukan sebenarnya dalam demo Bersih 3.0? Adakah mereka mahu setiap wartawan mereka diberi permaidani merah atau cenderahati seperti mana yang mereka dapat dalam setiap sidang akhbar?
Tolonglah, siapa pun tidak mahu cedera, siapa pun tidak mahu menghadap anggota FRU, siapa pun tak mahu nak ‘makan’ asap gas pemedih mata, baik anggota pasukan keselamatan, baik wartawan mahupun penyokong Bersih sendiri.
Tetapi apa pilihan yang pihak polis ada waktu demo tempoh hari?
Nak bagi stadium, ditolak. Nak suruh bersurai, tak mahu. Nak suruh duduk diam-diam, engkar!
Satu-satu pilihan terbaik ialah menyuraikannya secara keras, dan masalah semakin rumit apabila ramai peserta demo tempoh hari melakukan provokasi secara fizikal dan mental hingga menyebabkan keadaan menjadi semakin haru-biru.
Dalam keadaan yang sebegitu, setiap daripada kita yang ada di situ, tak kira siapa pun, termasuk wartawan, terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko.
Risiko ditangkap, risiko dipukul, risiko dicemuh, risiko dimaki dan perbagai risiko lagi.


Kalau akhbar Cina tak mahu wartawan dan jurugambarnya berhadapan dengan sejuta macam risiko yang disebutkan tadi, lebih baik tak payah buat liputan demonstrasi Bersih itu, baik lepak kat Petaling Street, pekena bak kut teh!
Sepatutnya akhbar Cina kena sedar yang Malaysia merupakan negara ‘syurga’ buat pengamal media kerana boleh kira dengan jari petugasnya ditangkap, dicederakan atau dibunuh.
Tak payah sembang pasal kebebasan medialah kerana tidak ada media di dunia yang benar-benar bebas, tak percaya tanya akhbar Harakah dan Roket.
Mereka pun tak bebas melaporkan apa yang berlaku dalam parti mereka, kalau baca Harakah dan Roket, kita mungkin ingat Pas dengan DAP adalah parti paling syumul di alam semesta ini!
Sebenarnya tidak salah untuk akhbar Cina ‘menghitamkan’ muka depan akhbar mereka, tetapi jangan sampai menghitamkan minda dan pemikiran pembaca mereka.
Selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Antarabangsa, ops! (My News Hub)

1 comment:

C L J said...

DAH NAK PERANG BETUL BETUL KA NI ???
JANGANLAH SAMPAI GITU LAK ....