Monday 5 March 2012

PELAKON TERKENAL CHINA MATI DIBUNUH SUAMI SENDIRI...???

Seluruh rakyat China gempar apabila berita tentang kematian aktres, Bai Jing yang mati dibunuh oleh suaminya sendiri pada selasa lalu selepas berlaku pertengkaran di kediaman mereka di daerah Chaoyang, China.
Asianone.com melaporkan suami mangsa, Zhou Chenghai, 44, dikatakan telah menikam Bai Jing sebelum dia membunuh dirinya sendiri.
Bai Jing yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan merupakan aktres kung-fu wanita paling terkenal telah banyak membintangi filem diantaranya ialah "Kung Fu Wing Chun", "Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon" dan banyak lagi filem dan siri televisyen, drama kanak-kanak dan rancangan muzikal.
Berita kematian aktres berusia 29 tahun itu dihebahkan kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo melalui Twitter Ju Chunlei dalam bahasa Cina yang juga merupakan pengurus besar agensi hiburan.
Ju memberitahu, pembunuhan berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama berlaku diantara pasangan tersebut dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir pasangan tersebut bertengkar.
Ju enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Namun, menurut laporan akhbar China, Legal Evening News, Zhou telah bersemuka dengan Bai selepas menerima tuntutan cerai Selasa lalu.
Dalam petisyen perceraian, Bai menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai perkahwinan pertama Zhou yang mempunyai seorang anak lelaki dan menuduh Zhou berlaku curang.
Zhou yang didakwa merupakan seorang jutawan yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah dikatakan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya sebelum bercerai. Zhou yang dikatakan telah melaburkan banyak wang dalam karier lakonan Bai akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.
Sebelum itu, pada awal tahun ini, terdapat satu sumber telah mendakwa Bai telah bersubahat dengan teman lelakinya untuk mencuri 20 juta yuan (RM9.5 juta) daripada suaminya, dan telah mengupah pelacur untuk menggoda Zhou supaya dia dapat menuntut cerai dan mendapat banyak wang.
Kematian ibu Zhou yang dikatakan "mati akibat marah" selepas mendapat tahu tentang hal tersebut, dan pengarah filem Zhang Tongzhu yang pernah bekerja dengan Bai menafikan khabar angin itu. "Dalam fikiran saya, Bai seorang perempuan lurus dan rajin bekerja,"katanya.
 :  SUMBER  :

No comments: