Monday 19 March 2012

PARAH!!!PAS SEMAKIN HANYUT...!!!!

KOTA BHARU - Bekas penyokong Pas menyifatkan parti itu semakin hanyut sehingga sanggup menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi semata-mata memenuhi tuntutan nafsu hendak berkuasa.


 


Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu merujuk kembali perintah Allah dalam al-Quran yang secara terang menyatakan sifat-sifat orang Yahudi yang merupakan musuh umat Islam.


"Apakah Hadi, pemimpin Pas dan kawan-kawannya yang berangan-angan ke Putrajaya tidak nampak penjelasan-penjelasan Allah tentang Yahudi, pegangan hidup dan perjuangan mereka yang terpapar dalam al-Quran?.


"Saya minta Hadi rujuk kepada al-Quran dan sunah, usah bermain politik sehingga boleh menggadaikan maruah bangsa dan agama, menjadi alat golongan tertentu untuk menghancurkan kedaulatan Islam di tanah air sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyatakan pendirian Pas menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi.


Presiden Pas itu berkata, pendirian tersebut selaras dengan prinsip yang dipegang parti itu mengenai kerjasama dengan orang bukan Islam dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan.


Bagaimanapun katanya, kerjasama dengan Yahudi itu hanya terbatas kepada bangsa itu yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.


Mengulas lanjut, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berpendapat, Abdul Hadi sudah dihantui dan ditipu oleh rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang ghairah mendapatkan kuasa untuk memerintah negara.


"Sifat orang kafir memang nak gunakan orang Islam untuk menghancurkan kuasa politik orang Islam. Orang Islam yang sanggup dipergunakan bukanlah seorang mukmin, tetapi disifatkan oleh Rasulullah sebagai munafik sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan hadis," jelasnya.


Dalam pada itu, tokoh agama dan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berpendapat, Abdul Hadi tidak perlu mempertahankan kenyataannya dengan menyatakan bahawa Yahudi itu bangsa manakala Zionis itu ideologi.
Apa yang pasti kata beliau, al-Quran menjelaskan bahawa bangsa Yahudi adalah seteru yang nyata kepada umat Islam sehingga hari kiamat, berbeza dengan golongan kafir lain.


"Tindakan Pas yang berubah prinsip perjuangan ini disebabkan parti itu semakin meninggalkan perjuangan asalnya untuk menegakkan Islam. Ini merupakan suatu kehancuran kepada kedaulatan orang Islam.


"Kita tidak boleh terima Yahudi kerana Tuhan memberitahu (dalam al-Quran) al-Yahud, bukannya Zionis. Rakyat kena kenal dan sedar perjuangan Pas sekarang," katanya.

No comments: