Wednesday 21 March 2012

KEBIADAPAN PEMBANGKANG, KELUAR DEWAN RAMAI-RAMAI PROTES LYNAS






Pihak pembangkang sekali lagi menunjukkan tanda protes ketika proses 
pengundian hendak dijalankan dengan keluar dewan beramai-ramai 
semasa dewan sedang bersidang di parlimen.

Saksikan video:

Adakah YB Fuziah Salleh ini 'Pakar Nuklear' yang mengetahui 'fakta' 
sebenar kenapa kilang LYNAS ini dibina? 
Adakah beliau tahu kilang Lynas ini menjana pendapatan ekonomi negara 
dan mungkin akan mendominisasi pasaran dunia? 
Dan adakah beliau juga tahu tahap radiasi dari kilang Lynas ini lebih rendah 
dari pisang ? 
Adakah beliau sengaja bodoh sombong atau semua ini hanya permainan 
politik pembangkang sahaja? 

Berikut adalah fakta-fakta sebenar mengenai kilang Lynas;

1. Parlimen Malaysia telah meluluskan penubuhan jawatankuasa 
khas parlimen bagi membincang dan memantau aktiviti di kilang Lynas, 
Kuantan. Ironinya beberapa ahli parlimen dari pembangkang bertindak 
keluar dewan kononya kerana kerajaan tak bersetuju dengan cadangan 
mereka supaya lesen sementara Lynas ditarik balik dan operasi kilang 
dihentikan. Tindakan ini macam kebudak-budakkan. 
Tetapi, ianya bukan sesuatu yang pelik bagi pembangkang di Malaysia 
yang terkenal dengan sikap kebudak-budakkan dan tidak profesional.

2. Malangnya, ahli parlimen pembangkang tidak mahu memahami fakta 
sebenar mengenai Lynas walaupun ada ahli parlimen mereka yang 
merupakan pakar dalam bidang nuklear yang telah berkali- kali 
menjelaskan bahawa kilang Lynas di Kuantan ini tidak merbahaya.

3. Ini adalah satu lagi sikap pembangkang di Malaysia dimana mereka 
tidak suka kepada fakta kebenaran, sebaliknya mereka lebih pentingkan
permainan politik. Hampir kesemua tindakan mereka bermotifkan 
politik walaupun terpaksa menutup mata dari memahami kebenaran. 
Malangnya ada diantara rakyat marhaen yang berjaya ditipu dan diperdaya 
oleh mereka.

4. Beberapa hari yang sudah, saya membaca satu artikel dari IEEE 
Spectrum mengenai tindakan negara China mengawal dan mengurangkan 
eksport rare earth kerana mementingkan kegunaan syarikat tempatan. 
Tindakan ini menyebabkan negara-negara besar di dunia yang begitu 
bergantung kepada bahan rare earth ini murah. Rare earth adalah elemen 
yang penting yang digunakan dalam pelbagai kelengkapan elektrik, 
elektronik, automotif,perubatan dan bermacam-macam lagi.

5. Tindakan China mengurangkan eksport demi kegunaan syarikat 
tempatan boleh menjejaskan industri berasaskan teknologi didunia. 
Ini adalah kerana China menguasai hampir 97% pasaran rare-earth dunia.

6. Sekiranya kilang Lynas beroperasi di Malaysia, pasaran rare-earth 
dunia yang dapat dikuasai oleh Malaysia/Lynas adalah sebanyak 20%. 
Ini sudah tentu dapat mengurangkan tekanan yang diberi oleh China dan
tidak sukar bagi Malaysia/Lynas untuk mendapat pasarannya. Negara 
seperti Jepun dan US sudah semestinya akan beralih kepada Malaysia 
untuk mendapat bekalan rare-earth. Dari sudut perniagaan dan ekonomi, 
sudah semestinya industri ini memberikan pulangan yang lumayan kepada 
negara dan rakyat akan dapat manfaatnya.

7. Sayang sekali apabila pemimpin pembangkang begitu irihati apabila,
mendapat tahu bahawa kerajaan hari ini boleh terus mengembangkan 
ekonomi negara dan boleh memberi manfaat kepada rakyat. 
Mungkin mereka lebih gemar melihat China menguasai sepenuhnya 
pasaran rare-earth ini dan suka melihat negara itu bertindak 
sewenang-wenangnya. Mungkinkah ini sebabnya bahawa majoriti mereka 
yang turun berdemonstrasi membantah Lynas adalah bangsa cina?

No comments: