Friday 6 January 2012

PAS PERAK MARAH SEKATAN KULIAH SUBUH DAN MAGHRIB..???


TAIPING :  PAS Perak mendesak sekatan mengadakan kuliah subuh dan maghrib di Masjid Daerah Taiping ditarik balik.
Setiausaha Pemudanya, Salman Saleh berkata, pihaknya sangat terkejut dengan surat yang ditampal di masjid tersebut.
“Saya sendiri terkejut apabila terbaca notis yang ditampalkan di papan kenyataan masjid tersebut ketika saya singgah menunaikan solat di situ,” katanya ketika ditemui Harakah.
Tambahnya, PAS memohon dengan kadar segera penjelasan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak terhadap penangguhan tersebut.
“Pihak kami berasa terpanggil tentang masalah ini dan bimbang suasana yang sedang berlaku tersebut kerana usaha ini secara jelas menghalang program atau aktiviti ilmu yang sepatutnya tidak disekat sama sekali,” ujarnya.
Justeru, PAS Perak berharap pihak yang terbabit segera memberikan penjelasan kepada kariah masjid tersebut.
***Tentu ada penjelasan di sebalik semua itu.... jika tidak masa kan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak suka-suka ati keluarkan notis tu.... mungkin kuliah tu mengandungi unsur2 politik... ataupun unsur2 memfitnah..... wallahu'alam.

No comments: