Friday 6 January 2012

LAJIM DI FITNAH...????

'Ada Pihak Cuba Bunuh Karier Politik Saya' - Lajim

‘Ada Pihak Cuba Bunuh Karier Politik Saya’ 

HULU BERNAM – Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin Jumaat menafikan laporan sebuah portal kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang di Sabah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata laporan itu adalah tidak benar dan merupakan satu cubaan untuk membunuh karier politiknya.

“Ini semua kerana ada pihak yang nak bunuh karier politik saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa program lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kampung Hassan di Hulu Bernam di sini.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan bahawa Parti Maju Sabah (SAPP) mempelawa Lajim yang juga Anggota Parlimen Beaufort menyertai parti itu untuk menumbangkan Barisan Nasional dan membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sabah. – BERNAMA

No comments: