Wednesday 28 December 2011

RASUAH DAN PECAH AMANAH....DI SANA SINI....

1.  Naib Yang Dipertua 2 Perkim didakwa pecah amanah


SHAH ALAM 27 Dis. - Naib Yang Dipertua 2 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah terhadap dana projek menaik taraf jalan raya yang bernilai RM3.7 juta milik pertubuhan itu antara tahun 2002 dan 2004.

Turut dituduh bersama-sama Ariffin, 74, yang juga bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas kesalahan itu ialah dua ahli Perkim Cawangan Damansara Utama, Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam, 60.

Ketiga-tiganya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Ariffin bersama-sama Baharin dan Abas sebagai pemegang amanah Perkim Cawangan Damansara Utama didakwa pecah amanah terhadap dana projek menaik taraf laluan B9/FT105 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa A) membabitkan nilai RM3.7 juta.

Ketiga-tiganya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perkim Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini antara 1 April 2002 dan 22 April 2004. SETERUSNYA.... DI SINI

2. Suami bekas CEO IIB didakwa rasuah



TERTUDUH Mohd. Amin Suhaimi didakwa atas tuduhan meminta dan memberi rasuah dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 27 Dis. - Suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iskandar Investment Bhd. (IIB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM1.6 juta tahun lalu.

Mohd. Amin Suhaimi, 52, yang juga pengarah sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan berjumlah RM816,900 daripada Pengarah syarikat Detect Engineering Sdn. Bhd., Mohd. Hassan Madon, 48, melalui Mohd. Iskandar Fahmi Abdullah, 52, yang berperanan sebagai orang tengah.

SETERUSNYA.... BACA DI SINI

3. Kes rasuah Iskandar RM1.6 juta




KUALA LUMPUR 27 Dis. – Lebih ramai individu akan didakwa selepas seorang ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM1.6 juta tahun lalu dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia.


Individu itu termasuk seorang kenamaan bergelar Datuk yang berpengaruh selain beberapa pegawai kanan Iskandar Investment Berhad (IIB) dan individu yang disyaki berperanan sebagai orang tengah.


Kesemua individu berusia 40-an yang dipercayai melakukan jenayah dalam skandal yang disifatkan sebagai terancang itu, dijangka didakwa dalam masa terdekat setelah selesai mengumpul bukti dan mengambil keterangan.


Menurut Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Jamidan Abdullah, pihaknya juga telah membekukan aset seperti hartanah bernilai RM5 juta milik individu-individu itu bagi membantu siasatan.


BERITA SETERUSNYA.... DI SINI



No comments: