Wednesday 28 December 2011

PEMIMPIN MCA DIUGUT..!!!




Pemimpin MCA terima ugutan kerana edar borang BR1M


 Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo hari ini membuat laporan polis ekoran beliau menerima ancaman kecelakaan jika meneruskan pengedaran borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Chong yang juga Pegawai Penyelaras MCA bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku membuat laporan itu di Balai Polis Seapark di sini kira-kira 9.40 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu katanya, beliau menerima ugutan sebanyak lima kali melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 24 Disember lepas supaya jangan mengedarkan borang BR1M kepada rakyat terutama di kawasan Petaling Jaya.

"Ugutan iaitu ancaman supaya saya tidak memandu kereta lagi, kalau tidak saya akan mengalami kemalangan,” katanya.

Katanya, beliau percaya ugutan itu adalah perbuatan daripada pihak pembangkang dan menganggap ini salah satu cara untuk melumpuhkan niat kerajaan membantu rakyat. - BERNAMA

No comments: