Friday 16 December 2011

PAS GAGAL HALANG PARLIMEN.... KENA BAYAR KOS RM8K KEPADA KERAJAAN...???



PAS, gagal dalam cubaan menghalang Parlimen daripada meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman selepas Mahkamah Tinggi, Khamis, menolak permohonan parti itu mendapatkan kebenaran membuat satu  penyemakan kehakiman.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf memutuskan permohanan PAS itu tidak kena pada masa, menyusahkan, tidak penting dan juga sebagai satu salah guna proses mahkamah.
Hakim itu memerintahkan PAS membayar RM8,000 sebagai kos kepada kerajaan.
PAS memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran itu menerusi saman asal dikemukakan oleh Timbalan Presiden parti, Mohamad Sabu, Anggota Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Md Ramli dan Anggota Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai pihak responden.
Bernama melaporkan ketika membuat keputusannya Hakim Rohana berkata permohonan untuk mencabar rang undang-undang berkenaan telah melanggar Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempersoalkan urusan Parlimen.
"Ia juga satu campur tangan terhadap kuasa perundangan Parlimen," kata hakim itu sambil menambah bahawa pihak pemohon mempunyai segala ruang untuk mencabar rang undang-undang tersebut di masa akan datang apabila ia menjadi Akta.
Mengenai 'mandamus' dan perintah larangan untuk menghalang pihak responden daripada meneruskan proses menjadikan rang berkenaan satu undang-undang seperti diminta pihak pemohon, Hakim Rohana berkata ia seperti memberikan terlalu banyak kuasa kepada Perdana Menteri.
"Bagaimana kerajaan boleh menarik balik sesuatu yang telahpun diluluskan Parlimen," katanya.
BACA SETERUSNYA.... KLIK DI SINI....

No comments: