Friday 16 December 2011

JANGAN POLITIKKAN FELDA....!!!

'JANGAN PECAH-BELAHKAN MASYARAKAT FELDA'

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Felda Malaysia hari menyampaikan memorandum kepada Pas bagi membantah campur tangan parti itu melalui Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ke dalam usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap Felda.
Menurut Presidennya, Anuar Abd Manaf, ANAK dilihat telah mempolitikkan Felda dan isu berkaitan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd sehingga memecah-belahkan komuniti peneroka berkenaan.
” Jangan hancurkan Felda dengan anasir-anasir dalaman dan luaran yang ingin mengambil kesempatan peribadi dan meraih sokongan politik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar  selepas menyampaikan memorandum kepada wakil PAS di ibu pejabat parti berkenaan di Jalan Raja Laut di sini. Terdahulu, beliau bersama hampir 300 warga peneroka berhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat parti berkenaan.
Anuar berkata, sudah hampir 50 tahun warga Felda hidup harmoni dan sejahtera di bawah payung Felda.


Bersikap adil dalam isu berkenaan, beliau juga meminta semua pengurusan dan kakitangan Felda bermula dari Pengerusi, kakitangan pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan hinggalah pemandu dan pembantu am rendah agar senantiasa bersikap profesional, berdedikasi, beriltizam dan ikhlas bagi memastikan kelangsungan Transformasi Felda.
“Kami warga Felda tidak akan berganjak dengan keputusan yang telah dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sesungguhnya beliau ingin melihat Felda terus , terus, terus dan terus maju kehadapan,” katanya.
Kelmarin satu demonstrasi anjuran ANAK berlangsung di hadapan Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak.
Mereka memegang sepanduk, kad manila dan memaki hamun Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad.
Bagaimanapun ia tidak mendapat sambutan ramai ekoran hanya dihadiri oleh sekitar 50 orang berbanding sasaran awal iaitu seramai 1,000 orang.

SUMBER ::: MyNewsHub

No comments: